MENURUT kajian World Obesity Atlas 2023, sebanyak 41% rakyat Malaysia akan tergolong dalam kategori obes menjelang 2035.
Bagaimanakah cara menentang obesiti yang turut menyebabkan penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser? Jawapannya mungkin pil bergetar yang dibangunkan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Penyelidik MIT menyedari perut manusia akan mengembang apabila diisi dengan makanan.
Pergerakan pada otot ini merangsang mekanoreseptor yang kemudiannya menghantar isyarat kepada otak untuk merembeskan hormon yang mengatakan perut sudahpun penuh.
Ini memberikan idea kepada penyelidik untuk merangsang mekanoreseptor bagi memberikan isyarat yang sama walaupun perut masih belum penuh.
Pil Vibrating Ingestible BioElectronic Stimulator (VIBES) dibangunkan dengan ia hanya bergetar apabila memasuki perut.
Dalam kajian ke atas khinzir dalam makmal, jumlah makanan yang diambil berkurangan 40% sekiranya ia diberikan VIBES sebelum mula makan. Kadar kenaikan berat badan khinzir juga lebih perlahan berbanding biasa.
VIBES akan bergetar sehingga 30 minit sebelum keluar daripada tubuh menerusi dubur selepas tiga hingga empat hari.
Penyelidik bagaimanapun menyedari pil VIBES buat masa ini masih terlalu mahal untuk dimakan setiap hari oleh itu sudah memikirkan versi yang boleh dimatikan menggunakan aplikasi dan boleh bertahan lebih lama di dalam perut. - Amanz
Amanz
Tue Jan 02 2024

VIBES akan bergetar sehingga 30 minit sebelum keluar daripada tubuh menerusi dubur selepas tiga hingga empat hari. - Gambar/ Amanz

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
AWANI Tonight: Japan’s worst wildfire in decades continues to burn
Thousands were evacuated as Japan battles its biggest wildfire in decades. The blaze, which broke out on February 26 due to dry air, continues to spread as firefighters struggle to contain it.
AWANI Tonight: Excessive EPF withdrawals only punish contributors later - PM
Excessive early EPF withdrawals will leave contributors financially vulnerable upon retirement, and exceptions can only be given under special circumstances, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Tonight 4 March 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews

Lebih 50 peratus dewasa dijangka obes menjelang 2050 - Kajian
Unjuran itu dibuat dalam kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.

Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.

Bukan sekadar berat badan berlebihan, ancaman senyap masalah obesiti di Malaysia
Menurut SMCV, Atlas Obesiti Dunia juga meramalkan bahawa jumlah itu boleh meningkat kepada 41 peratus menjelang 2035.

Lebih separuh golongan dewasa di Terengganu obesiti
Sebanyak 51 peratus daripada golongan dewasa di Terengganu mengalami masalah obesiti atau lebih berat badan.

Obesiti: CUEPACS cadang penjawat awam diwajibkan pemeriksaan kesihatan secara berkala
CUEPACS mencadangkan penjawat awam diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, terutama individu yang menunjukkan tanda-tanda obesiti dan berusia 40 tahun ke atas.

Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.

Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Obesiti, kolesterol dan kurang aktiviti fizikal penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional
Penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya juga mencatatkan kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) yang tertinggi.

Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO
Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990.

Kunci melawan obesiti mungkin pil bergetar dalam perut?
MENURUT kajian World Obesity Atlas 2023, sebanyak 41% rakyat Malaysia akan tergolong dalam kategori obes menjelang 2035.