Sebuah kumpulan anggota tentera veteran Rusia akan menyerahkan serpihan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 kepada pasukan penyiasat kemalangan, lapor The Sydney Morning Herald pada Isnin.
Menurut laporan, keputusan itu dibuat setelah kumpulan tersebut yang bergelar Combat Brotherhood, membatalkan rancangan awal mereka untuk mempamerkan serpihan itu di sebuah muzium tentera di Rusia.
Laporan berita Rusia turut menyatakan bahawa serpihan dari pesawat Boeing 777 tersebut sebelum ini telah pun dihantar ke pekan Yeisk di Krasnodar, selatan Rusia untuk menyertai pameran Perang Dunia ke-2.
BACA: Australia akan desak siasatan jenayah ke atas nahas MH17
BACA: Pasukan penyiasat Belanda jumpa saki-baki mayat di tapak nahas MH17
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/australia-akan-desak-siasatan-jenayah-ke-atas-nahas-mh17-58089?cp
Bagaimanapun, langkah itu mendapat kritikan dari pasukan penyiasat Belanda yang giat mengumpulkan bangkai pesawat bagi mencari punca nahas itu yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
FOTO: Pencarian saki baki serpihan pesawat MH17 diteruskan
FOTO: MH17-Tragedi di sebalik lensa
Combat Brotherhood menyatakan bahawa mereka sebelum ini mahu mempamerkan serpihan itu sebagai 'bukti' bahawa puak pemisah Ukraine tidak terlibat dalam menembak jatuh pesawat tersebut Julai tahun lepas.
Ketua kumpulan tersebut juga memberitahu 'Business Yeisk' bahawa serpihan itu telah diserahkan oleh penduduk tempatan sebagai tanda ucapan terima kasih atas bantuan kemanusiaan yang diberikan dan juga untuk menyedarkan orang ramai tentang 'kengerian' yang berlaku di rantau itu.
Walau bagaimanapun, Combat Brotherhood berkata mereka sedar bahawa serpihan tersebut adalah bukti fizikal penting dan mengambil keputusan untuk menyerahkannya kepada penyiasat antarabangsa.
Agensi
Tue Apr 21 2015
Kumpulan itu menyatakan bahawa mereka sebelum ini mahu mempamerkan serpihan itu sebagai 'bukti' bahawa puak pemisah Ukraine tidak menembak jatuh pesawat MH17 itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
Kumpulan veteran Rusia serahkan serpihan MH17 kepada penyiasat
Sebuah kumpulan veteran Rusia akan menyerahkan serpihan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 kepada pasukan penyiasat kemalangan.