WASHINGTON: Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu di selatan Laut Merah pada Selasa, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan di X, CENTCOM berkata tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat serangan itu.
Sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel ke atas Gaza dan "solidariti dengan rakyat Palestin", Houthi telah melancarkan serangan ke atas kapal-kapal komersial sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Sementara itu, Sputnik melaporkan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya baru-baru ini menembak jatuh dron dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Houthi dari Yaman ke selatan Laut Merah.
"Pada 9 Jan, kira-kira 9.15 malam (waktu Sanaa) (20:15 GMT), Houthi yang disokong Iran melancarkan serangan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) secara sehala, peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu balistik anti-kapal dari kawasan yang dikuasai Houthi di Yaman ke selatan Laut Merah, ke arah laluan perkapalan antarabangsa yang banyak digunakan kapal dagang," menurut kenyataan CENTCOM pada Selasa.
Menurut CENTCOM sebanyak 18 serangan dron, dua peluru berpandu anti-kapal dan satu peluru berpandu balistik anti-kapal telah ditembak jatuh menerusi usaha bersama oleh jet pejuang F-18 Amerika Syarikat dari kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower dan kapal perang Amerika Syarikat dan United Kingdom.
CENTCOM berkata tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam serangan itu.
Menurut kenyataan CENTCOM setakat ini, Houthi telah melancarkan 26 serangan ke atas laluan perkapalan komersial di Laut Merah sejak 19 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Amerika Syarikat dan sekutunya dilaporkan baru-baru ini menembak jatuh dron dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Houthi dari Yaman ke selatan Laut Merah. - REUTERS
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.