BEIJING: Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).


Ringkasan AI
  • Pencapaian EVA pertama Shenzhou18: Kru kapal angkasa Shenzhou18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada hari Selasa.
  • Tugas dan kerjasama angkasawan: Tiga angkasawan, Ye Guangfu, Li Cong, dan Li Guangsu, bekerjasama dalam pemasangan peranti perlindungan serpihan angkasa dan pemeriksaan kelengkapan luar kabin selama lapan setengah jam, dengan sokongan lengan robotik dan ahli penyelidik dari bumi.
  • Keselamatan dan pengalaman angkasawan: Ye Guangfu dan Li Guangsu kembali dengan selamat ke modul eksperimen Wentian. Ini adalah EVA kali kedua bagi Ye dan kali pertama bagi Li.


Tiga angkasawan iaitu Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu bekerjasama untuk menjalankan misi di stesen angkasa lepas, termasuk pemasangan peranti perlindungan serpihan angkasa dan pemeriksaan terhadap kelengkapan di luar kabin.

Misi mereka selama lapan setengah jam itu dijayakan dengan sokongan lengan robotik dan ahli penyelidik dari bumi.

EVA itu selesai pada 6.58 petang Selasa waktu Beijing.

Menurut CMSA, Ye Guangfu dan Li Guangsu telah selamat kembali ke modul eksperimen Wentian. Ini juga EVA kali kedua bagi Ye dan kali pertama bagi Li.

--BERNAMA-CMG