NARA: Beberapa saat sebelum maut ditembak dari belakang pada Jumaat, bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sedang melakukan apa yang telah dilakukannya selama beberapa dekad dalam politik - mendekati orang ramai dan membuat ucapan politik.
Keadaan pagi itu biasa sahaja di Jepun, di mana jenayah keganasan jarang berlaku dan senjata api juga terhad. Kawalan keselamatan tidak begitu ketat ketika Abe memberi ucapan di luar Stesen Yamato-Saidaiji, di bandar Nara.
Tiada sekatan jalan raya dibuat. Sebuah bas dan van dilihat melintasi belakang Abe. Di dalam sebuah kereta, seorang penumpang melambai ke arah Abe, tanda teruja melihat perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat itu.
Dengan memakai jaket gelap, Abe bersemangat memberi ucapan di hadapan khalayak supaya memilih semula Kei Sato, calon dalam pilihan raya dewan atasan yang akan berlangsung pada Ahad. Beberapa orang awam dilihat merakam gambar menggunakan telefon.
Anggota polis khas, yang setara dengan perkhidmatan rahsia Jepun, berdiri di sebelah kanan dan di belakang Abe ketika beliau mengingatkan orang ramai tentang bagaimana Sato mengawal situasi semasa pandemik.
"Beliau tidak mencari alasan untuk tidak melakukan sesuatu," kata Abe.
Di belakangnya, seorang lelaki memakai kemeja-t berwarna kelabu dan seluar berwarna kuning, melangkah dan melepaskan tembakan menggunakan apa yang disahkan polis sebagai pistol buatan sendiri, sekali gus menyaksikan kepulan asap putih memenuhi ruang.
BACA: Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak
BACA: Shinzo Abe meninggal dunia - NHK
Untuk seketika, Abe kelihatan baik-baik sahaja. Lelaki yang dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, seorang bekas anggota pasukan pertahanan diri maritim Jepun berusia 41 tahun, kemudiannya melepaskan tembakan sekali lagi.
"Dia muncul entah dari mana, tiba-tiba berada di tengah jalan sambil memegang pistol", kata saksi, ahli perniagaan Makoto Ichikawa, kepada Reuters.
"Semasa tembakan pertama, tiada siapa yang tahu apa yang sedang berlaku," sambung Ichikawa.
Selepas tembakan kedua, polis menjatuhkan Yamagami yang lengkap memakai pelitup muka.
Terdapat jeda masa selama 10 hingga 20 saat sebelum polis berjaya mengawal dan menghentikan Yamagami, kata seorang lagi saksi, Takenobu Nakajima.
Ketika itu, Abe, 67, sudah terbaring di atas tanah. Rakaman media menunjukkan darah membasahi baju putihnya.
Dalam situasi kelam kabut, Ken Namikawa, Datuk Bandar Tenri di Nara, menggunakan mikrofon bertanyakan jika ada doktor atau jururawat dalam kalangan orang ramai di situ.
Seorang jururawat datang berlari dan memulakan rawatan kecemasan.
Doktor mengesahkan Abe meninggal dunia akibat luka dalam pada jantung dan bahagian kanan lehernya, walaupun menerima lebih 100 unit darah dalam pemindahan selama empat jam.
Ichikawa berkata dia terkejut dengan wajah Yamagami ketika dia melepaskan tembakan ke arah bekas perdana menteri itu.
"Wajahnya nampak biasa, ekpresi yang normal," katanya.
Agensi
Fri Jul 08 2022
Doktor mengesahkan Abe meninggal dunia akibat luka dalam pada jantung dan bahagian kanan lehernya. - Gambar REUTERS
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.
Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.
PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi
Fumio Kishida menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.
Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe.
Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat
Pada 8 Julai 2022, matahari pertengahan musim panas terbit seperti biasa tetapi ditakdirkan panas tidak sampai ke petang.
Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo
Upacara tersebut juga merangkumi antara lain, sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe
Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital selepas melecur di seluruh badan untuk mendapat rawatan.
Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta
Perbelanjaan merangkumi kos keselamatan mencecah RM25 juta sementara, jumlah pembiayaan untuk delegasi asing pula sebanyak RM19 juta.
PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.