BOGOTA: Kongres Peru pada Sabtu meminta Presiden Pedro Castillo berundur berikutan protes antikerajaan yang berterusan sejak 30 Mac.
Dalam usul undian yang diadakan di Kongres Republik itu, Castillo dinasihat untuk meletakkan jawatan.
Usul itu diluluskan dengan 61 menyokong, 43 menentang dan satu berkecuali, lapor Agensi Anadolu.
Penunjuk perasaan meminta Castillo meletak jawatan berikutan kenaikan harga bahan api dan makanan.
Penunjuk perasaan, yang turun ke jalan raya di bandar, terutamanya ibu negara Lima dan bandar Callao yang berdekatan, bertempur dengan polis dan menghalang jalan utama lalu lintas.
Enam orang dilaporkan terbunuh dan jumlah yang cedera meningkat kepada 20 orang.
Kementerian Dalam Negeri mengumumkan seramai 25 pegawai polis cedera dalam pertempuran itu.
Sementara itu, Castillo pada Selasa mengumumkan perintah berkurung yang dilaksanakan beberapa jam sebelum itu di Lima dan Callao telah ditarik balik.
Demonstrasi yang bermula tenang dan aman bertukar menjadi tindakan keganasan antikerajaan dan merebak ke seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Dalam usul undian yang diadakan di Kongres Republik itu, Castillo dinasihat untuk meletakkan jawatan. - Gambar fail/REUTERS

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia
Presiden Peru menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia pada Rabu, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.

Presiden Peru akan berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini - PM
Presiden Dina Ercilia Boluarte Zegarra terima jemputan Perdana Menteri untuk berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini.

Perdana Menteri Peru letak jawatan susulan krisis dalam kerajaan - Laporan
Presiden Peru Pedro Castillo telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Anibal Torres, lapor Sputnik memetik akhbar El Comercio pada Jumaat.

Bantahan besar-besaran terhadap Presiden Pedro Castillo
Demonstrasi berjalan secara aman namun di Lima, polis menggunakan gas pemedih mata menyebabkan seorang penunjuk perasaan cedera.

Kongres Peru larang Presiden adakan lawatan ke luar negara
Kongres Peru menyekat permohonan Presiden Pedro Castillo untuk menghadiri majlis pelantikan Gustavo Petro sebagai ketua negara Colombia.

Kongres Peru gesa Presiden Pedro letak jawatan
Kongres Peru pada Sabtu meminta Presiden Pedro Castillo berundur berikutan protes antikerajaan yang berterusan sejak 30 Mac.