BOGOTA (Colombia): Kongres Peru pada Khamis menyekat permohonan Presiden Pedro Castillo untuk menghadiri majlis pelantikan Gustavo Petro sebagai ketua negara Colombia.
Sebanyak 67 undi membantah dan 42 menyokong manakala lima berkecuali ketika permohonan Castillo itu dibahaskan pada sesi pleno yang turut disiarkan di televisyen, lapor Agensi Anadolu.
Buat pertama kali dalam tempoh beberapa dekad, Kongres menghalang pemimpin negara untuk melakukan lawatan rasmi ke luar negara.
Kongres yang diketuai parti pembangkang berhujah bahawa Castillo sedang berdepan lima siasatan atas dakwaan rasuah dan mempunyai kaitan dengan "organisasi jenayah".
Castillo telah melalui dua prosiding pemecatan tetapi gagal menggulingkan pentadbirannya dan beliau telah membuat lebih 50 perubahan dalam Kabinetnya.
Menurut isi kandungan surat yang dihantar Castillo kepada Kongres, lawatan ketua negara ke Colombia dijangka akan mengeratkan lagi hubungan dengan negara jiran itu.
"Kehadiran Presiden pada majlis itu akan mengukuhkan hubungan persaudaraan dan kerjasama antara kedua-dua negara, memberikan kesinambungan kepada agenda dua hala yang bertujuan untuk mengenal pasti isu kepentingan bersama yang memberi faedah kepada kedua-dua negara," kata Castillo dalam surat rasmi itu.
Castillo telah meminta kebenaran untuk ke meninggalkan negara itu dari 6 hingga 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Sebanyak 67 undi membantah dan 42 menyokong manakala lima berkecuali ketika permohonan Castillo itu dibahaskan pada sesi pleno kongres Peru. - REUTERS
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia
Presiden Peru menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia pada Rabu, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.
Presiden Peru akan berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini - PM
Presiden Dina Ercilia Boluarte Zegarra terima jemputan Perdana Menteri untuk berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini.
Perdana Menteri Peru letak jawatan susulan krisis dalam kerajaan - Laporan
Presiden Peru Pedro Castillo telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Anibal Torres, lapor Sputnik memetik akhbar El Comercio pada Jumaat.
Bantahan besar-besaran terhadap Presiden Pedro Castillo
Demonstrasi berjalan secara aman namun di Lima, polis menggunakan gas pemedih mata menyebabkan seorang penunjuk perasaan cedera.
Kongres Peru larang Presiden adakan lawatan ke luar negara
Kongres Peru menyekat permohonan Presiden Pedro Castillo untuk menghadiri majlis pelantikan Gustavo Petro sebagai ketua negara Colombia.
Kongres Peru gesa Presiden Pedro letak jawatan
Kongres Peru pada Sabtu meminta Presiden Pedro Castillo berundur berikutan protes antikerajaan yang berterusan sejak 30 Mac.