PUTRAJAYA: Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan selamat tiba di Port Sudan pada jam 2.07 petang Isnin waktu Sudan (8.07 malam waktu Malaysia) setelah menempuh perjalanan sejauh 1,233 kilometer (km) selama 30 jam.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia turut membawa keluar 26 warganegara lain dengan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Warganegara lain itu terdiri daripada seorang warga Filipina, enam orang warga Kemboja, 14 orang warga Singapura, seorang warga Thailand, dua orang warga Amerika Syarikat, seorang warga Palestin dan seorang orang warga Sudan.
Jelasnya, dua lagi rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan proses evakuasi itu merupakan mereka yang berkhidmat dengan United Nations Mission in Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka akan dilakukan oleh pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Selanjutnya, kita sedang mengusahakan untuk membawa kesemua 56 orang ini keluar dari Port Sudan melalui dua opsyen iaitu sama ada melalui laluan udara (sewaan khas pesawat) atau melalui laluan laut (kapal laut).
"Ini bergantung kepada opsyen mana yang akan mendapat kelulusan paling cepat dan segera daripada pihak berkaitan," katanya.
"Sama-sama kita doakan agar proses mengeluarkan mereka dari Sudan berjaya dilakukan sesegara mungkin dan seterusnya kesemua mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat," tambahnya.
Setakat ini, lebih 400 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera sejak konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) tercetus pada 15 April.
Umavathi Ramayah
Tue Apr 25 2023

Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia turut membawa keluar 26 warganegara lain dengan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat. - Gambar fail/ AP

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.

Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini.

19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.

Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB
Pertempuran baharu di Darfur Selatan di Sudan, terutama di bandar Nyalamendorong, mendorong semakin ramai penduduk awam melarikan diri.

Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.

Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum
Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata 16 orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum pada Ahad, lapor Xinhua.

Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.

Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.

Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis
Pegawai-pegawai tertinggi Sudan bertemu delegasi PBB bagi membincangkan pengurusan krisis dan penyaluran bantuan.

Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF
Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan, menurut UNICEF.