UTUSAN Khas Amerika Syarikat, Hady Amr memulakan tugasnya untuk mendesak Israel dan Palestin menghentikan keganasan.

Hady tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion, tengah Israel, pada Jumaat, ketika ketegangan kini merebak ke Tebing Barat.

Sekurang-kurangnya 122 terkorban di Gaza, sejak keganasan tercetus Isnin lalu.

Hady adalah diplomat tertinggi yang diberi tugas sebagai pengantara bagi rundingan kali ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara Amerika, Anthony Blinken tidak memperincikan misi Hady.

Pertempuran antara tentera Israel dan anggota Hamas dilaporkan memuncak.

Kedua-dua pihak melancarkan serangan bertali arus, mensasarkan beberapa bandar utama di Israel dan Gaza.

Pertempuran yang memuncak juga memaksa penduduk Palestin melarikan diri ke utara bandar Gaza.

Israel dalam pada itu nafi melancarkan operasi ketenteraan menerusi darat.

Pengantara antarabangsa dilaporkan masih bergelut untuk berunding bagi menamatkan keganasan.