KUALA LUMPUR : Sejumlah 41 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura adalah berkait rapat dengan Kluster KTV membabitkan pusat karaoke.
Penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti dalam kluster berkenaan meningkat kepada 53 orang setakat ini.
Memetik laporan Channel News Asia (CNA), Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung menyifatkan pertambahan kes positif kluster berkenaan sebagai 'menyusah dan mengecewakan'.
Ong meluahkan kekecewaannya setelah pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan tiada kluster besar tercetus daripada aktiviti sosial sedemikian.
"Kita sedar kes-kes sebegini berlaku di Korea, Hong Kong iaitu daripada aktiviti sosial waktu malam sehingga mencetuskan kluster. Jadi kita tidak pernah benarkan aktiviti seperti itu berlaku untuk satu tempoh yang panjang.
"Premis yang menyediakan khidmat hiburan, mereka (pelanggan) berada dalam lingkungan yang rapat, kita tidak pernah benarkan. Kita belajar dari Hong Kong dan Korea. Jadi apa yang berlaku kini sangat menyusahkan dan mengecewakan," luah beliau.
Kementerian Kesihatan Singapura mendedahkan kes indeks kepada Kluster KTV mula dikesan membabitkan wanita Vietnam yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di negara itu kerana mengalami masalah pernafasan.
Wanita berkenaan kemudian dibawa ke hospital sebelum disahkan positif COVID-19.
Hasil siasatan mendapati, wanita berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke banyak premis KTV di negara tersebut.
Menurut laporan CNA lagi, kes-kes yang berkaitan dengan kluster ini turut melibatkan seorang penumpang kapal peranginan Dream Cruises yang mendapat jangkitan di lokasi berasingan.
Ketika ini, pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan dan kementerian kesihatan menjangkakan pertambahan dalam masa beberapa hari akan datang.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Singapura turut menggesa mana-mana individu yang telah hadir ke KTV di negara tersebut melakukan saringan COVID-19.
Setakat ini, kementerian itu menyenaraikan lima pusat KTV yang dikaitkan dengan kluster berkenaan iaitu Supreme KTV di pusat beli belah Far East; Empress KTV di pusat beli belah Tanglin; Club Dolce di Balestier Point; WU Bistro di Golden Mile Complex dan Club De Zara Pte di Pusat Tekstil.
Nickyson Nyambar
Wed Jul 14 2021

Kementerian Kesihatan Singapura menggesa mana-mana individu yang telah hadir ke KTV di negara tersebut melakukan saringan COVID-19. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kluster KTV COVID-19: Singapura gantung dua minggu operasi lebih 400 kelab malam
Langkah itu diambil selepas sejumlah kluster di kesan di beberapa kelab karaoke KTV dan kelab malam.

Kluster KTV lonjak kes COVID-19 di Singapura
Kes indeks melibatkan kluster KTV ini dikesan pada seorang wanita yang mempunyai sejarah perjalanan ke pelbagai premis sosial itu.