Saintis China mengumumkan dua klon monyet berjaya dicipta dan kaedah sama berpotensi untuk menghasilkan klon manusia.
Penghasilan klon berkenaan menggunakan kaedah sama yang digunakan untuk klon 'Dolly the Sheep' bagi mencipta sepasang kera yang serupa.
Saintis juga yakin berjaya memecah benteng akhir dalam proses pengklonan manusia serta mampu memberi penyelesaian kepada rawatan penyakit kulit, parkinson dan banyak lagi.
Mu-Ming Poo, salah seorang penyelidik di Akademi Sains China, ketika ditanya sama ada kaedah yang sama boleh dilakukan terhadap sel-sel manusia berkata, monyet dan kera adalah mamalia dan manusia juga dalam ketegori spesies yang sama.
Bagaimanapun pelobi kumpulan Amaran Genetik Manusia, Dr. David Kong bimbang ia akan jadi permulaan kepada penciptaan klon manusia.
“Walaupun secara teknikalnya ia kelihatan sukar, mereka yang berkemampuan dan bercita-cita menjadi manusia klon pertama pasti akan mencuba,'' katanya.
Pasangan monyet klon berkenaan dipanggil Zhong Zhong dan Hua Hua, merupakan spesies mamalia pertama yang diklonkan menggunakan teknik pemindahan sel somatik.
Kaedah sama telah digunakan lebih dari 20 tahun di Edinburgh untuk mencipta biri-biri menggunakan sel-sel dewasa.
Zhong Zhong dan Hua Hua selamat dilahirkan kira-kira 6-8 minggu lepas di Akademi Sains China di Shanghai.
Agensi
Thu Jan 25 2018
Zhong Zhong dan Hua Hua selamat dilahirkan kira-kira 6-8 minggu lepas di Akademi Sains China. - Foto Reuters
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Klon monyet berjaya dicipta. Adakah ini langkah awal untuk klon manusia?
Saintis telah mengumumkan dua klon monyet berjaya dicipta dan kaedah sama berpotensi digunakan bagi mengklon manusia.