KIM JONG-UN menerima hadiah jaket kalis peluru dan dron sebagai hadiah perpisahan ketika pemimpin Korea Utara itu mengakhiri lawatannya ke Rusia, iaitu pertemuan yang telah mencetuskan kebimbangan di Barat.
Perpisahan yang menandakan berakhirnya kunjungan selama enam hari yang menyaksikan beliau melakukan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, memberi bayangan kemungkinan Korea Utara memberikan senjata kepada Rusia untuk membantu pencerobohan ke atas Ukraine.
Portal berita CNN pada Ahad melaporkan, Jong-Un yang sangat jarang mengadakan kunjungan ke luar negara diberi sambutan yang mewah dengan sebahagian besar lawatannya difokuskan pada melawat tapak-tapak ketenteraan.
Korea Utara berhadapan sekatan yang ketat dan memerlukan bantuan dari pelbagai aspek, termasuk tenaga, makanan dan teknologi ketenteraan.
Semasa meninggalkan Rusia, Gabenor Wilayah Timur Rusia, Primorye menghadiahkan Kim sehelai jaket keselamatan kalis peluru dan set dron seperti dilaporkan agensi berita Rusia, TASS.
"Ini adalah jaket kalis peluru dengan zon perlindungan untuk dada, bahu, leher dan pangkal paha… ia jauh lebih ringan daripada jaket kalis peluru analog yang diketahui," lapor agensi berita negara itu.
Jong-Un juga diberikan lima dron kamikaze yang dihasilkan di wilayah yang sama, serta dron pengintaian jenis pesawat Geranium-25, menurut TASS.
Sepasang set pakaian khas yang tidak dapat dikesan oleh kamera imej termal juga diberikan sebagai hadiah tambahan.
Sebaik upacara perpisahan termasuk hamparan karpet merah dan pemeriksaan kawalan kehormatan berakhir, Kim dilihat menaiki keretanya yang dilengkap lapisan perlindungan berlepas dari stesen kereta api Artyom sementara pegawai Rusia melambai seperti yang terlihat dalam video yang diterbitkan oleh agensi berita Rusia, RIA Novosti.
Kenderaan hang membawa Jong-Un melakukan perjalanan lebih dari 200 kilometer (124 batu) dari Artyom ke bandar sempadan Khasan, menurut RIA.
KOREA UTARA KAGUM TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS RUSIA
Jong-Un dan Putin bertemu di Timur Rusia pada Rabu lalu dan mengadakan perbincangan selama lima jam di tapak pelancaran teknologi angkasa lepas, Vostochny Cosmodrom.
Putin memaklumkan, Jong-Un menunjukkan "minat yang mengagumkan" - Korea Utara telah menjadikan teknologi angkasa sebagai keutamaan.
Jong-Un juga dalam masa sama, menawarkan sokongannya kepada Putin selepas perbincangan dengan berikrar: "Saya akan sentiasa bersama dengan Rusia."
Putin menggambarkan perbincangan mereka sebagai "sangat substantif."
Di sebalik pertemuan dan perbincangan dua pemimpin itu, kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan lalu mengeluarkan amaran bahawa perundingan senjata sedang "aktif bergerak" antara kedua-dua negara tersebut.
Bagaimanapun, tiada perjanjian yang dikongsi kepada umum.
Media Korea Utara, KCNA pula melaporkan, Jong-Un "sangat kagum" dengan industri pembuatan pesawat terbang Rusia selepas beliau mengadakan lawatan ke Komsomolsk-on-Amur Yuri Gagarin Aviation Plant pada hari Jumaat.
Jong-Un melawat pelbagai fasiliti termasuk sebuah pusat pemasangan badan pesawat pejuang dan pengeluaran sayap.
Pada hari Sabtu pula, beliau memeriksa pesawat pejuang, melawat lapangan terbang bersama Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu serta melawat sebuah fregat Flotilla Pasifik, ditemani oleh Panglima Tentera Laut Rusia.
Kerjasama ketenteraan "antara pasukan bersenjata dua negara dan dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara mereka" turut dibincangkan antara Kim dan Shoigu, menurut KCNA.
Kunjungan ini telah menimbulkan kebimbangan dari Korea Selatan, Jepun, Ukraine, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah, namun, apa hasil pertemuan antara Kim dan Putin masih belum terungkap sepenuhnya.
Astro Awani
Sun Sep 17 2023
![Kim Jong-Un dihadiahkan jaket kalis peluru, dron ketika meninggalkan Rusia Kim Jong-Un dihadiahkan jaket kalis peluru, dron ketika meninggalkan Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694991154_KimJongUn.jpg)
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un (kiri) yang jarang berkunjung ke luar negara akhiri lawatannya selama enam hari ke Rusia. - Foto REUTERS
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736219704_missile.jpg)
Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.
![Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732768746_TRUMP.jpg)
Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.
![Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri' Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731661475_TBKimJongUn.jpg)
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
![Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731402970_TBKimJongUnPutin.jpg)
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
![Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726279238_KimJongUn.jpg)
Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia
Kim Jong Un bertemu pegawai keselamatan utama Rusia, Sergei Shoigu di Pyonyang bagi membincangkan dialog strategik secara terperinci.
![Anak perempuan Jong Un jalani latihan sebagai pengganti bapa - Laporan media Anak perempuan Jong Un jalani latihan sebagai pengganti bapa - Laporan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243977_TBKIMJONGUN.jpg)
Anak perempuan Jong Un jalani latihan sebagai pengganti bapa - Laporan media
Anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan sedang menjalani latihan sebagai pemimpin, memetik agensi berita Yonhap.
![Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719784371_pinpotrait.jpg)
Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.
![Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719295987_tbNorthKorea.jpg)
Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow
Lawatan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila "semua syarat yang diperlukan dipenuhi".
![Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718865599_tbNorthKorea.jpg)
Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyampaikan hadiah limosin Aurus, kepada rakan sejawatan di Korea Utara, Kim Jong Un, dalam lawatannya ke Pyongyang pada Rabu.
![Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717986918_tbloudspeakers.jpg)
Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan
Kim Yo Jong beri amaran tindak balas baharu sekiranya Korea Selatan terus melakukan penghantaran risalah propaganda mengecam pemerintahan Kim Jong-un.