TAIPEI: Kebakaran yang berlaku pada Selasa di sebuah kilang pemproses makanan utama di Taiwan, Lian Hwa Foods Corp., menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan tiga lagi kritikal.

Kebakaran berlaku kira-kira 6 pagi, menyebabkan 22 pekerja terperangkap sebelum pasukan Bomba Daerah Changhua tiba di lokasi kejadian.

Ketua Biro Bomba Daerah Shih Shun-jen berkata 22 pekerja terperangkap berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 10.10 pagi.

Kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 9.12 pagi dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Lian-Hwa Foods berkata pihaknya mengesyaki kebakaran bermula apabila satu atau lebih mesinnya terbakar.

-- BERNAMA