Pengakuan itu dibuat pemimpinnya Abu Bakr Al-Baghdadi menerusi rakaman video yang pertama selepas lima tahun menghilangkan diri.
Video yang dikeluarkan sayap propaganda Daish, Al-Furqan turut mendedahkan kumpulan itu tidak akan berhenti di situ dan Al-Baghdadi berjanji lebih banyak serangan dilancarkan pada masa depan.
Ia juga merupakan penampilan video pertamanya sejak dia menyampaikan khutbah di masjid Al-Nuri di bandar Mosul pada 2014.
Dalam pada itu Al-Baghdadi turut menyentuh insiden pengeboman di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 250 nyawa dan mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut.