Ketua kumpulan militan Daish, Abu Bakr Al-Baghdadi meletupkan diri bersama tiga anaknya selepas terperangkap dalam sebuah terowong ketika dikejar unit anjing K-9 tentera Amerika Syarikat (AS).
Presiden AS, Donald Trump dalam pengumumannya mengesahkan mayat tersebut merupakan Al-Baghdadi yang sekian lama diburu oleh Washington.
“Badannya dipenuhi kesan letupan. Hasil ujian mendapat keputusan yang positif.
"Itu adalah dia (Al-Baghdadi),” katanya.
BACA: Ketua Daish Abu Bakr al-Baghdadi terbunuh dalam operasi tentera AS
BACA: Pembunuhan al-Baghdadi: Netanyahu ucap tahniah kepada Trump
Trump berkata operasi memburu Al-Baghdadi di barat daya Syria turut menyebabkan kematian sejumlah anggota militan Daish yang menemaninya.
“Tiada tentera AS yang terbunuh dalam operasi ini. Al-Baghdadi mati selepas berlari dalam terowong sambil menangis dan menjerit.
“Dia mati seperti seekor anjing. Dia mati seperti pengecut. Dunia kini lebih aman,” kata Trump.
Menjadi buruan pakatan AS yang memerangi Daesh sejak sekian lama, Al-Baghdadi telah beberapa kali dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Berasal dari Iraq dan berumur sekitar 48 tahun, Al-Baghdadi berjaya menubuhkan gerakan militan dengan kekuatan tersendiri di sebahagian besar Syria dan Iraq.
Al-Baghdadi bagaimanapun melarikan diri sejak pakatan diketuai AS memusnahkan organisasi kumpulan militan terbabit susulan perang selama dua tahun sebelum mengisytiharkan kemenangan ke atas Daesh pada bulan Mac tahun ini.
Ketika kemunculannya menerusi sebuah video tahun ini, Al-Baghdadi menyeru militan Daesh untuk membebaskan ribuan rakan seperjuangan yang ditahan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong AS di Syria.
Sinar Harian
Mon Oct 28 2019

Abu Bakr Al-Baghdadi meletupkan diri bersama tiga anaknya selepas terperangkap dalam sebuah terowong ketika dikejar unit anjing K-9 tentera AS. -Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Rusia dakwa al-Baghdadi hanyalah 'watak rekaan' AS
Rusia mendakwa Abu Bakr Al-Baghdadi sebagai 'watak rekaan' Amerika Syarikat (AS) dan Moscow menegaskan mereka masih tidak dapat mengesahkan tentang kematian pemimpin Daesh tersebut.

Abu Bakr Al-Baghdadi mati seperti seekor anjing - Trump
Trump berkata operasi memburu Al-Baghdadi di barat daya Syria turut menyebabkan kematian sejumlah pejuang Daish yang menemaninya.

Ketua pemimpin Daish muncul semula selepas lima tahun
Pengakuan itu dibuat pemimpinnya Abu Bakr Al-Baghdadi menerusi rakaman video yang pertama selepas lima tahun menghilangkan diri.