WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan kebimbangannya terhadap keganasan di Tebing Barat sejak kebelakangan ini, lapor Anadolu Agency (AA).
Guterres "sangat bimbang terhadap keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan di Huwara, dan menggesa supaya semua pelaku dikenakan tindakan," kata jurucakapnya Stephane Dujarric pada taklimat akhbar pada Isnin .
Berpuluh-puluh peneroka Israel menyerang bandar Huwara di Palestin pada Ahad dan membakar beberapa rumah dan kenderaan Palestin. Seorang warga Palestin terbunuh dalam serangan itu.
Keganasan itu menyusuli pembunuhan dua peneroka Israel dalam tembakan di bandar itu. Selain itu, Jabatan Negara AS berkata seorang lagi penduduk Israel warga Amerika terbunuh pada Isnin.
"Tidak ada kewajaran untuk melakukan keganasan, mahupun pembakaran dan tindakan membalas dendam terhadap orang awam. Pasukan keselamatan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan menghalang individu daripada bertindak sendiri," kata Dujarric bagi pihak Guterres.
Keganasan semakin meningkat di seluruh wilayah yang diduduki sejak beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan berulang kali tentera Israel di bandar-bandar Palestin.
Menurut angka Palestin, sekurang-kurangnya 62 rakyat Palestin terbunuh oleh serangan Israel sejak awal tahun ini. Dua belas warga Israel turut terbunuh dalam serangan oleh rakyat Palestin dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Guterres sangat bimbang terhadap keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan di Huwara. - Gambar fail
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Meskipun dilanda krisis, perjuangan Palestin buat Son Heung-min terharu
Pemain berusia 32 tahun itu memuji ketabahan skuad Palestin masih mampu mempamerkan persembahan terbaik meskipun tidak beraksi di laman sendiri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kanada beri amaran terhadap situasi kemanusiaan 'Bencana' di Gaza
Dalam satu kenyataan, Joly merujuk kepada laporan oleh Jawatankuasa Kajian Kebuluran yang dikeluarkan pada 8 Nov, yang menekankan kemungkinan besar kebuluran akan berlaku di kawasan utara Gaza.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Genosid di Gaza: Hentikan penjualan senjata kepada Israel sekarang! - Jeremy Corbyn
Kerajaan UK enggan mengaku perang di Gaza sebagai genosid kerana ia akan mengesahkan penglibatan mereka dalam salah satu jenayah terbesar masa kini.