BHUBANESWAR: Tragedi yang meragut nyawa hampir 300 penumpang kereta api di India bulan lalu dipercayai berpunca daripada kesilapan ketika kerja pembaikan penghadang landasan dilakukan.
Laporan rasmi siasatan nahas mendapati kesilapan penyambungan sistem isyarat automatik pada rangkaian sebagai punca utama tragedi kereta api terburuk negara itu dalam dua dekad.
Nahas pada 2 Jun di Stesen Bahanaga Bazar, di negeri Odisha di timur India, itu telah mengorbankan 288 orang dan mencederakan lebih 1,000.
Tragedi berlaku apabila sebuah kereta api penumpang melanggar kereta api barang yang tidak bergerak, sebelum terkeluar dari landasan dan melanggar pula kereta api penumpang lain yang datang dari arah bertentangan.
Dalam laporan siasatan, dilihat oleh Reuters, penyiasat Suruhanjaya Keselamatan Kereta Api (CRS) berkata perlanggaran pertama berlaku disebabkan pengubahsuaian yang dilakukan pada litar isyarat untuk menyelesaikan masalah pada penghadang landasan kereta api berhampiran.
Kakitangan kereta api tidak mempunyai gambar rajah litar standard yang membawa kepada kesilapan penyambungan sistem isyarat.
Kegagalan sistem isyarat itu kemudiannya telah menyebabkan kereta api penumpang masuk ke laluan kereta api barang.
Indian Railways, rangkaian kereta api keempat terbesar di dunia, adalah syarikat yang dikendalikan Lembaga Kereta Api di bawah pengawasan Kementerian Kereta Api.
Rangkaian kereta api di India sedang melalui proses transformasi bernilai AS$30 bilion dengan penggunaan kereta api baharu dan stesen moden untuk meningkatkan infrastruktur dan ketersambungan.
Laporan siasatan CRS memaklumkan terdapat kesilapan di pelbagai peringkat dalam Jabatan Isyarat dan Telekomunikasi di mana prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi semasa kerja pembaikan.
Astro Awani
Tue Jul 04 2023
Kesilapan penyambungan sistem isyarat automatik pada rangkaian didapati sebagai punca utama tragedi kereta api terburuk negara itu dalam dua dekad. -Gambar fail/AP
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Malaysia persiapkan ASEAN untuk masa depan berdaya tahan dengan tema Pengerusian 2025
Tema Kepengerusian ASEAN 2025, "Keterangkuman dan Kelestarian" mencerminkan komitmen kolektif rantau ini untuk membentuk masa depan yang saksama dan berdaya tahan.
10 Berita Pilihan - (9 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Tumpuan Jumaat – 10 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
Sekurang-kurangnya lima maut, 30 cedera kereta api bertembung di India
Sebuah kereta api barang merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express hingga tergelincir dari landasan.
Pakistan siasat punca nahas kereta api di wilayah Sindh
Penyiasat akan menemu bual pemandu dan penumpang sebelum memuktamad laporan yang dijangka mengambil masa kira-kira lima hari.
Kesilapan penyambungan sistem isyarat didapati punca nahas kereta api di India
Terdapat kesilapan di pelbagai peringkat dalam Jabatan Isyarat dan Telekomunikasi di mana prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi semasa kerja pembaikan.
21 cedera nahas kereta api, trak di Republik Czech
Sembilan daripada mangsa mengalami kecederaan tahap sederhana manakala 12 lagi cedera ringan.
Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.
Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.
Kesilapan teknikal mungkin punca nahas kereta api terburuk di India
Kesilapan teknikal mungkin menjadi punca kepada nahas pelanggaran tiga buah kereta api yang mengorbankan hampir 300 nyawa.
Lebih 60,000 sertai protes di Greece susulan nahas kereta api
Protes jalanan itu yang terbesar dihadapi kerajaan sejak menang pilihan raya pada 2019.
Korban nahas kereta api di Greece meningkat 57 orang
Sekurang-kurangnya 14 lagi mayat rentung ditemukan pada Khamis.
1 maut, 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona
Pemandu kereta api penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.