KUALA LUMPUR: Laporan jawatankuasa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Februari lalu mendedahkan bahawa Korea Utara mencuri lebih banyak aset mata wang kripto pada 2022 berbanding tahun-tahun sebelumnya dan mensasarkan rangkaian syarikat aeroangkasa serta pertahanan asing.
Jenayah siber dilakukan oleh Korea Utara bukanlah perkara baharu, dan ia realiti yang membimbangkan seluruh dunia.
Bagaimana mungkin negara yang mengasingkan diri daripada seluruh dunia telah mengasah kemahirannya dalam melakukan jenayah siber di seluruh dunia?
Seteru Korea Utara, Korea Selatan, baru-baru ini mendedahkan bahawa laman sesawang pekerjaan bebas yang telah lama diwujudkan adalah platform utama bagi Korea Utara "merekrut" pekerja maklumat dan teknologi (IT) mereka, dan membida projek serta menjana pendapatan dalam mata wang asing, terutama menggunakan mata wang kripto.
Penganalisis Kanan Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) Malaysia bagi program Kajian Dasar dan Keselamatan Luar Negara Farlina Said memberitahu Bernama, kecekapan dan kecanggihan teknologi Korea Utara membabitkan jenayah siber sememangnya telah berkembang sejak beberapa tahun lalu.
"Berdasarkan beberapa pemerhatian asas yang dapat saya kongsikan di sini, terdapat beberapa kaedah yang digunakan, daripada sesuatu yang mudah seperti tekan pada fail daripada pengirim yang tidak dikenali, seterusnya mengaktifkan perisian hasad (malware) ke dalam sistem.
"Namun, beberapa isu membabitkan aktiviti siber tidak semudah itu dan untuk menanganinya memerlukan kerjasama banyak pihak. Sebagai contoh, aktiviti jenayah dihentikan oleh kakitangan IT yang sangat teliti, ini menyebabkan beban kerja tambahan dalam memastikan keselamatan siber secara konsisten," katanya.
Beliau berpendapat bahawa sektor mata wang kripto Asia Tenggara yang semakin berkembang terdedah kepada ancaman sedemikian.
"Pembangunan kapasiti siber Korea Utara mungkin terikat dengan percubaan negara itu untuk memanfaatkan keupayaan yang tidak simetri, kos rendah dan berimpak tinggi; terutamanya jika asimetri dibangunkan di negara maju Korea Selatan atau Amerika Syarikat turut diambil kira.
"Rantau ASEAN yang menyediakan persekitaran digital yang matang, kini terdedah sedangkan proses dan mekanisme kerjasama untuk kekal selangkah di hadapan penjenayah hanya di peringkat pembangunan," katanya sambil menyatakan bahawa adalah wajar untuk rakyat Malaysia mengetahui tentang cabaran Korea Utara yang mendorong kecanggihan.
Beliau seterusnya menekankan bahawa adalah relevan untuk rakyat Malaysia memahami risiko siber mampu memberi kesan yang memudaratkan dan boleh dieksploitasi untuk tujuan jenayah.
Pengarah Pusat Serantau ASEAN Universiti Malaya (CARUM) Dr Rahul Mishra, berkata Malaysia boleh mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya walaupun terdapat kelemahan ekoran ancaman Korea Utara di rantau ini.
"Saya fikir masih agak awal bagi Malaysia untuk merangka dasar yang komprehensif tentang cara menggunakan mata wang kripto tetapi langkah berjaga-jaga ke arah itu tidak pernah terlambat.
"Bagi rakyat biasa di Malaysia, mengekalkan pendekatan berhati-hati yang seimbang terhadap mata wang kripto adalah satu-satunya cara setakat ini," katanya.
Mishra juga menegaskan bahawa adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui risiko jenayah siber dengan memahami cabaran geopolitik yang memberi kesan kepada dunia hari ini.
"Sememangnya, adalah amat penting bagi Malaysia dan kerajaannya untuk memerhatikan cabaran yang ditimbulkan oleh ancaman keselamatan siber.
"Syukurlah, Malaysia yang tidak berpihak kepada mana-mana negara membabitkan hal Semenanjung Korea dan berpegang dengan pendirian neutral yang membantunya mengelak daripada sebarang cabaran konvensional yang ditimbulkan oleh Korea Utara," katanya.
Berkongsi pendapat yang sama, Felo Kanan Dr Azmi Hassan daripada Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) yang juga penganalisis pertahanan bersetuju bahawa semua cabaran boleh diatasi dengan pendekatan holistik, kolektif di peringkat blok serantau.
Azmi Hassan berkata anggota ASEAN melalui Sekretariat ASEAN perlu bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran berhubung serangan siber dan kecurian mata wang kripto yang dipercayai membiayai aktiviti haram dan ketenteraan.
"Untuk menguatkuasakan undang-undang dan mengaplikasi mana-mana strategi tertentu, kerjasama dengan sektor swasta juga penting," tambah Azmi.
Memandangkan negara anggota ASEAN telah memperakui Norma Perilaku Negara Bertanggungjawab PBB, Farliana berkata semua negara boleh mempertimbang untuk meningkatkan mekanisme kerjasama dan menetapkan matlamat.
"Mungkin berguna untuk menetapkan matlamat dalam menangani aktiviti siber haram; antaranya memberi tumpuan kepada membina kesedaran dan kebersihan siber.
"Memandangkan sektor swasta mempunyai kuasa ke atas saluran pelaksanaan urusan penguatkuasaan urusniaga, pelaburan dalam keselamatan siber harus meningkatkan kepercayaan dalam sistem mereka, terutamanya sistem kewangan.
"Memperhalusi proses ini untuk menjalin kerjasama yang lebih baik, peraturan dan kewajipan akan berguna.
Bagi Mishra, mewujudkan pasukan petugas khas untuk memetakan cabaran ini dan kemudian berkongsi pandangan dengan rakan kongsi ASEAN dan serantau yang lain untuk mempelajari amalan yang paling berkesan adalah jalan keluar yang efektif.
Menurut data yang dikeluarkan oleh kerajaan Korea Selatan, jumlah mata wang kripto yang dicuri oleh Pyongyang sejak 2017 merekodkan lebih US$1.2 bilion dan kira-kira US$626 juta pada tahun ini sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Penganalisis berkata, kecekapan dan kecanggihan teknologi Korea Utara membabitkan jenayah siber sememangnya telah berkembang sejak beberapa tahun lalu. - Gambar hiasan/REUTERS
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis
Gabungan baharu New Popular Front iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua undi.
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Sidang Kemuncak NATO bincang ketahanan, keselamatan siber, maklumat palsu - Pegawai AS
Sidang kemuncak NATO dijadual berlangsung di ibu negara Amerika Syarikat dari Selasa hingga Khamis, minggu depan.
Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind
Kerjasama antara kerajaan dengan pihak industri menerusi dialog, perbincangan dan perkongsian pendapat penting dalam usaha memperkukuh keselamatan dan mengawal jenayah siber di negara ini.
Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat
Kaspersky dikatakan mendatangkan risiko sekuriti kerana didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Rusia.
Google labur RM9.4 bilion, bangunkan pusat data dan wilayah awan di Malaysia
Google mengumumkan pelaburan bernilai RM9.4 bilion (USD2 bilion) untuk menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertamanya di Malaysia.
MITI bakal umum aspek penting keselamatan siber, sokongan AI - Tengku Zafrul
MITI dijangka membuat satu atau dua pengumuman penting beberapa hari lagi sebagai susulan terhadap Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 yang diluluskan pada April lepas.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.