Kes pembunuhan melibatkan jaguh sukan paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius terus disensasikan.

Ia berikutan berlaku pendedahan sumber bukti dalam kes berkenaan oleh pihak media.

Stesyen televisyen sky news menyiarkan imej bilik mandi dipercayai lokasi sebenar pembunuhan ke atas teman wanita Pistorius Reeva Steenkamp.

Imej tersebut menunjukkan tempat duduk tandas dan pintu yang mempunyai dua lubang akibat kesan tembakan.

Selain itu terdapat gumpalan darah yang banyak di atas lantai berhampiran tempat duduk tandas.

Pendedahan gambar itu dikhuatiri menjejaskan perjalanan kes perbicaraan ke atas Pistorius.

Februari lalu atlet berusia 26 tahun itu didakwa menembak kekasihnya menembusi pintu bilik mandi dengan menggunakan pistol simpanannya.

Walau bagaimanapun Pistorius mendakwa dia menyangka rumahnya dimasuki pencuri.

Jika didapati bersalah pistorius bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup.