HANOI: Vietnam mencatatkan 14,978 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam setakat 4 petang Ahad (23 Jan), termasuk 44 kes import dan 123 kematian, lapor agensi berita Vietnam (VNA), memetik Kementerian Kesihatan.

Hanoi terus merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,967 kes, diikuti Da Nang dengan 984 dan Hai Phong dengan 724.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 negara itu mencecah 2,141,422 dengan jumlah kematian sebanyak 36,719.

Sejumlah 4,157 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih kepada 1,804,849.

-- BERNAMA