Gara-gara berang dituduh mencuri telefon bimbit, seorang lelaki mencekik teman wanitanya hingga mati sebelum mengerat mayat dan membuang organ dalaman mangsa ke dalam tandas.

Sergey Kovalchuk, 28, mengaku bersalah membunuh teman wanitanya bernama Vera Nurbaeva, walaupun mayat atau bahagian badan mangsa tidak ditemui.

Eksekutif di Bank Moscow itu turut menceritakan secara terperinci kepada mahkamah bagaimana dia mencekik kekasihnya sehingga mati sebelum menggunakan pisau dapur untuk melapah mayat mangsa berusia 23 tahun tersebut di dalam tab mandi.

Kovalchuk kemudian mengeluarkan dan mencincang organ dalaman wanita itu lalu membuangnya ke dalam tandas, dia turut dikatakan membuang anggota badan dan kepala mangsa ke dalam sebuah tasik berhampiran Moscow.

BACA JUGA: Peninju MMA kerat mayat teman wanita selepas status 'dara' diragui

BACA JUGA: Kerat zakar dan skrotum bekas suami atas sofa

BACA JUGA: Lelaki kerat isteri 'syaitan'


Hakim menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan Kovalchuk mengaku bersalah dan sudah menyesal di atas perbuatannya di samping memberi kerjasama kepada polis.

Menurut dokumen mahkamah, Kovalchuk berkenalan dengan Vera yang bekerja sebagai penari menerusi laman sosial sebelum bercinta.- Agensi