TOKYO: Kerajaan berhasrat menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di China selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur 2.0.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perancangan itu adalah antara usaha kerajaan dalam memperkasa TVET negara selepas berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengambil jurusan itu di Jepun dan Korea Selatan.
"Selain Jepun dan Korea Selatan, saya yakin hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah untuk melihat juga penghantaran pelajar dari Malaysia ke China bagi mempelajari beberapa bidang ilmu berteknologi tinggi.
"Dasar Pandang Ke Timur 1.0 tidak memasukkan China sedangkan mereka sama maju kalau tidak pun lebih dari Jepun dan Korea Selatan," katanya kepada media Malaysia selepas melawat Institut Teknologi Nasional, Kolej Tokyo (Tokyo KOSEN) bagi mempelajari Model KOSEN di sini hari ini.
Model KOSEN menekankan konsep pembelajaran TVET lebih menyeluruh dan terangkum dengan menyediakan laluan pembelajaran selama lima tahun kepada pelajar yang cenderung memilih bidang itu seawal usia 15 tahun.
Semalam, Ahmad Zahid ketika majlis ramah mesra dengan kira-kira 70 pelajar Malaysia di Jepun, memaklumkan lebih ramai pelajar akan dihantar mengikuti pengajian TVET di luar negara selaras usaha kerajaan memperkasa bidang TVET negara.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun, berkata Dasar TVET Negara dijangka dibentang di Kabinet pada Mac depan sebelum dilancarkan pada 2 Jun ini bersempena Hari TVET Negara.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata kerangka utama dasar berkenaan sudah tersedia dan pihak Sekretariat TVET sedang mengemas kini semua maklumat.
Ahmad Zahid berkata pihak Sekretariat TVET juga telah mengedarkan Dasar TVET Negara kepada 12 Kementerian, Jabatan Peguam Negara dan beberapa agensi lain untuk mendapatkan pandangan.
"Setelah ini selesai, kami akan lakukan pembentangan kepada Jemaah Menteri. Insya-Allah pada Mac ini, saya sendiri akan membentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dapatkan kelulusan bagi pelaksanaan dan pelancarannya pada Jun nanti," katanya.
Ketika ini Malaysia mempunyai 1,345 institusi TVET dengan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 92.5 peratus.
Ahmad Zahid juga berkata rangka kerja itu akan menjadi garis panduan untuk program TVET di seluruh negara bagi disesuaikan demi memenuhi keperluan industri.
"Dasar ini juga akan digubal bagi meningkatkan kebolehpasaran serta daya saing tenaga kerja di samping meletakkan asas untuk pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Ahmad Zahid berkata perancangan itu adalah antara usaha kerajaan dalam memperkasa TVET negara selepas berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengambil jurusan itu di Jepun dan Korea Selatan. - Gambar Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.

Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan syarikat industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.

TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).