Pada penghujungnya, Israel memilih untuk menyerang sasaran tentera sahaja.
Seorang pegawai Israel berkata, sasaran tersebut adalah "yang menimbulkan ancaman atau boleh menimbulkan ancaman."
Sementara seorang lagi pegawai menggambarkan keputusan itu sebagai hasil daripada "proses membuat keputusan yang sangat teliti."
Proses itu juga termasuk beberapa pusingan rundingan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) termasuk panggilan telefon antara Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Presiden Joe Biden.
Pegawai Israel masih belum mendedahkan butiran tambahan tentang bilangan dan jenis sasaran tentera, namun tentera Zionis dijangka berkongsi butiran tambahan sebaik sahaja operasi selesai.
Pada masa ini, Iran masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serangan itu. - Agensi