BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini menetapkan 30 Sept untuk mengumumkan keputusan mengenai kes had penggal lapan tahun Prayuth Chan o-cha sebagai Perdana Menteri.
Mahkamah Perlembagaan yang bermesyuarat hari ini memaklumkan mahkamah telah menerima semua dokumen untuk kes itu.
"Oleh itu, Mahkamah Perlembagaan menetapkan keputusan akan diumumkan pada 3 petang, 30 September," menurut kenyataan mahkamah.
Sementara itu, pemangku Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri berkata Prayuth telah mengulangi keyakinannya terhadap sistem kehakiman.
"Prayuth akan menghormati keputusan Mahkamah walau apa jua keputusannya," katanya dalam satu kenyataan.
Pada 24 Ogos, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung tugas rasmi Prayuth, 68, selepas mahkamah memutuskan untuk mendengar petisyen dikemukakan blok pembangkang yang memohon semakan dibuat bagi melihat sama ada beliau telah melebihi had penggal lapan tahun.
Namun, Prayuth masih meneruskan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan.
Parti pembangkang Pheu Thai mendakwa tempoh masa pemerintahan Prayuth selepas beliau melakukan rampasan kuasa tentera pada 2014 perlu diambil kira dan beliau kini sudah menghampiri tarikh tamat penggalnya.
Bagaimanapun, penyokong Prayuth berkata permulaan tempoh perkhidmatannya ialah sejak perlembagaan 2017 dikuatkuasakan, malah ada yang menyatakan ia sepatutnya bermula selepas pilihan raya umum 2019.
Perlembagaan Thailand 2017 mengehadkan mana-mana perdana menteri berkhidmat lebih lapan tahun secara keseluruhan.
Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan kini menjadi pemangku Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini menetapkan 30 Sept untuk mengumumkan keputusan mengenai kes had penggal lapan tahun Prayuth Chan o-cha sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail/REUTERS
Google Tasks kini diintegrasi sepenuhnya dalam Google Calendar
Ia mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Tasks sendiri.
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan
Los Blancos memanfaatkan keputusan seri Barcelona dengan Celta Vigo pada Sabtu untuk merapatkan jurang kepada empat mata.
Guru dikhuatiri lemas: Operasi SAR bersambung pagi ini
Operasi mencari Murdani Ab Rahman, 53, ditangguhkan pada 9.30 malam berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Bagi mengimbas kembali legasi Allahyarham kita bersama Datuk Chuari Selamat, penulis lirik dan bekas penyampai radio popular RTM.
Leicester City pecat Cooper selepas hanya 12 perlawanan
Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.
Calon PM Thailand Pita Limjaroenrat digantung sebagai Ahli Parlimen
Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat daripada Parlimen hari ini.
Mahkamah Thai putuskan khidmat Prayuth sebagai PM tidak melebihi tempoh lapan tahun
Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan tempoh khidmat Prayuth Chan o-cha sebagai perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun yang ditetapkan perlembagaan negara.
Keputusan kes had penggal Prayuth diketahui 30 September
Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini menetapkan 30 Sept untuk mengumumkan keputusan mengenai kes had penggal lapan tahun Prayuth Chan o-cha sebagai Perdana Menteri.
Thailand: Mahkamah gantung tugas Prayuth tunggu semakan had penggal lapan tahun
Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung tugas rasmi Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Rabu selepas mahkamah bersedia mendengar petisyen bagi menyemak semula had penggal lapan tahun beliau.
Parti pembangkang Thailand diarah bubar, dilarang terlibat politik selama 10 tahun
Mahkamah memutuskan bahawa parti itu melanggar undang-undang dengan mengambil wang pinjaman 191.2 juta baht dari Thanathorn.
21 Jan keputusan sama ada parti pembangkang Thailand FFP dibubarkan
Ia berikutan petisyen yang difailkan oleh peguam Natthaporn Toprayoon pada Julai memohon bagi pembubaran parti itu.