BANGKOK: Kepulangan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra ke negara itu tidak bermotifkan politik, kata anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra.
Thaksin yang berusia 74 tahun dijangka pulang ke Thailand pada Selasa, pada masa yang sama sidang Parlimen dijadual menadakan undian melantik Perdana Menteri baharu bagi menamatkan kebuntuan politik.
Paetongtarn yang juga seorang daripada tiga calon Perdana Menteri Parti Pheu Thai berkata, keputusan Thaksin untuk kembali adalah demi menjaga cucunya selepas meninggalkan negara itu selama lebih 15 tahun.
"Kepulangan ayah tiada kaitan dengan politik.
"Ayah akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dengan menaiki jet peribadi pada 9 pagi (waktu tempatan) dan keluarga menantikan dan menyambut kepulangannya. Mungkin beliau perlu terus pergi ke mahkamah," katanya.
Ketika ditanya sama ada Thaksin telah memohon pengampunan diraja, Paetongtarn berkata: "Belum lagi."
Thaksin, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 2001 hingga 2006, hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai selepas kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.
Thaksin melarikan diri dari Thailand pada Ogos 2008 untuk mengelak daripada berdepan hukuman penjara kerana beberapa kes jenayah.
Beliau mungkin masih akan dipenjarakan selama lebih dari satu dekad jika beliau kembali ke Thailand.
Timbalan Perdana Menteri sementara dan Menteri Kehakiman, Wissanu Krea-ngam berkata, Thaksin akan dilayan seperti banduan lain apabila mendarat di tanah air.
"Pegawai akan bertemu bekas Perdana Menteri di Lapangan Terbang Don Mueang dan mengiringinya ke Jabatan Penjara. Thaksin akan ditahan di Penjara Pusat Klong Prem," kata Wisannu, dipetik oleh akhbar the Nation.
Wissanu berkata, Thaksin layak memohon pengampunan diraja, tetapi permohonan itu mesti dikemukakan sendiri atau ahli keluarganya.
Jika permohonannya ditolak, beliau perlu menunggu dua tahun sebelum memohon semula.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Aryut Sinthoppan berkata, Thaksin akan diberi pemantauan keselamatan tambahan dan kemudahan mencukupi semasa ditahan di Penjara Reman Bangkok kerana beliau lebih berisiko berbanding banduan lain.
"Bagaimanapun, Thaksin perlu disediakan kemudahan yang sesuai, tetapi tidak sampai ke tahap yang boleh dilihat sebagai hak istimewa," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Thaksin yang berusia 74 tahun dijangka pulang ke Thailand pada Selasa, pada masa yang sama sidang Parlimen dijadual menadakan undian melantik Perdana Menteri baharu bagi menamatkan kebuntuan politik. - Gambar fail
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya
Thaksin dan penyokongnya berpegang teguh kepada pendapat mereka bahawa kesemua pertuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.
Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen.
Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra dapat pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor telah dimasukkan dalam senarai pengampunan diraja untuk banduan dan tempoh parol akan berakhir esok.
Paetongtarn Shinwatra dipilih sebagai PM baharu Thailand
Pemimpin parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra memperoleh undi majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Thailand ke-31.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin
Mahkamah berkata Thaksin telah menafikan semua pertuduhan dan memohon ikat jamin kerana faktor usia.
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.