BANGKOK: Wakil parti Pheu Thai, Srettha Thavisin seorang jutawan hartanah yang dianggap muka baharu dalam politik telah disahkan sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke-30 selepas berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dan Senat negara itu.
Srettha, 61, memenangi undi di parlimen untuk bergelar Perdana Menteri beberapa jam selepas pengasas parti Pheu Thai, Thaksin Shinawatra, kembali ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan.
"Satu-satunya musuh saya ialah kemiskinan dan ketidaksamaan. Matlamat saya adalah untuk meningkatkan kehidupan semua rakyat Thai,” kata Srettha minggu lalu.
Srettha yang juga muka baharu dalam arena politik itu menerima 482 undi, manakala 165 tidak bersetuju dan 81 lagi berkecuali.
Beliau melepasi jumlah 375 undi yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri yang membolehkannya membentuk kerajaan.
Dalam pada itu, pihak konservatif melihat Srettha dan Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya, lebih dapat diterima umum.
Parti tersebut telah mengukuhkan pakatan dengan bekas musuh, yang kini berada dalam parti pro-tentera, untuk membentuk kerajaan dalam ekonomi terbesar kedua di Asia Tenggara.
Dikenali sebagai ahli perniagaan yang mesra, Pheu Thai menekankan kebijaksanaan beliau dalam mengurus perniagaannya serta keupayaannya untuk menguruskan ekonomi yang dalam proses pemulihan daripada wabak COVID-19.
Berasal daripada keluarga yang memiliki hubungan rapat dalam kalangan elit perniagaan, Srettha memulakan kerjayanya di Procter & Gamble cawangan Thailand selepas tamat belajar dalam jurusan ekonomi dan pengurusan di Amerika Syarikat.
Pada tahun 1990, beliau bersama beberapa sepupu mendirikan syarikat yang kemudiannya berkembang menjadi pembangun hartanah Sansiri yang akhirnya menjadi salah satu daripada syarikat hartanah terbesar di Thailand.
Pada tahun 2022, Sansiri yang disenaraikan di Bursa Saham Bangkok mencatatkan pendapatan sebanyak 34.9 bilion baht (RM4.63 bilion) dengan keuntungan bersih sebanyak 4.2 bilion baht (RM557.28 juta).
Saham pemaju dicatatkan meningkat lebih daripada 8 peratus di Bangkok pada hari Selasa, menuju ke pencapaian terbaik mereka dalam hampir tujuh bulan.
Sebagai peminat setia kelab bola sepak Inggeris Liverpool yang kerap berkongsi gambar anjing di akaun media sosial miliknya, Srettha juga dilaporkan memiliki ketinggian 1.92 meter.
Seorang rakannya dan dua rakan perniagaan menggambarkan Srettha sebagai seorang yang jujur ketika berbicara serta tidak akan takut untuk menyuarakan pandangannya.
Agensi
Tue Aug 22 2023
![Kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin Kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692709268_TBTHAINEWPM.jpg)
Srettha, 61, memenangi undi di parlimen untuk bergelar perdana menteri beberapa jam selepas pengasas parti Pheu Thai, Thaksin Shinawatra kembali ke Thailand. - REUTERS/Chalinee Thirasupa
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718711000_ThaksinShinawatra.jpg)
Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin
Mahkamah berkata Thaksin telah menafikan semua pertuduhan dan memohon ikat jamin kerana faktor usia.
![Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710452273_ThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
![Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708228803_ThaksinShinawatra.jpg)
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692676680_ThaksinShinawatra.jpg)
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.
![Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707218748_ThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja
Thaksin Shinawatra didakwa menghina monarki, kata seorang pegawai pada Selasa, hanya beberapa minggu dari kemungkinan pembebasan parolnya.
![Thaksin layak mendapat parol bulan depan Thaksin layak mendapat parol bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693560803_TBThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin layak mendapat parol bulan depan
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Sitthi Sutivong berkata berdasarkan kriteria, Thaksin layak mendapat parol khas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693560803_TBThaksinShinawatra.jpg)
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
![Thaksin kemuka permohonan pengampunan diraja Thaksin kemuka permohonan pengampunan diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691141383_ThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin kemuka permohonan pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sudah mengemukakan permohonan pengampunan diraja.