PHNOM PENH: Kementerian Kesihatan Kemboja mengingatkan orang ramai untuk tidak memakan ikan buntal selepas tujuh orang dimasukkan ke hospital di wilayah Kampong Chhnang minggu ini, lapor Xinhua.
"Kesemua mereka mengalami gejala yang teruk selepas memakan ikan buntal dan memerlukan rawatan kecemasan.
"Keadaan pesakit kini semakin pulih selepas menerima rawatan intensif daripada doktor kami.
"Oleh itu, Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan memakan ikan buntal kerana ia mengandungi racun yang boleh menyebabkan penyakit teruk atau kematian," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
Terdapat lima spesies ikan buntal beracun di negara Asia Tenggara itu iaitu "Carinotetraodon Lorteti, Tetraodon Biocellatus, Tetraodon Nigroviridis, Tetraodon Fluviatilis dan Monotrete Cochinchinensis."
Gejala yang terjadi 20 minit hingga dua jam selepas memakan ikan buntal beracun termasuk kebas di sekitar mulut dan anggota badan, sakit kepala, pening, air liur berlebihan, mual, muntah dan cirit-birit, menurut kenyataan itu.
Gejala itu boleh berkembang menjadi lumpuh, tidak sedarkan diri dan kegagalan pernafasan yang boleh menyebabkan kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Terdapat lima spesies ikan buntal beracun di negara Asia Tenggara itu iaitu Carinotetraodon Lorteti, Tetraodon Biocellatus, Tetraodon Nigroviridis, Tetraodon Fluviatilis dan Monotrete Cochinchinensis. - Pixabay

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit
Kesemua mereka mengalami gejala yang teruk selepas memakan ikan buntal dan memerlukan rawatan kecemasan.

Ikan buntal dari Jepun selamat dimakan - Persatuan Fugu Antarabangsa
Ikan buntal Jepun diedar dan dieksport dari negara Matahari Terbit itu termasuk ke Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Rusia.

Keracunan ikan buntal: Laporan makmal dijangka diperolehi tiga minggu lagi
JKNJ juga kini sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan dan kepakaran dari universiti tentang hal perundangan.

Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah
KKM dan LKIM digesa menguatkuasakan akta sedia ada dan mengheret mereka yang bersalah ke mahkamah.

Ikan buntal tidak dibenarkan dijual - KP Kesihatan
Sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.

Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.

Warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal di Johor
Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun maut manakala suaminya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal, tengah hari Sabtu lalu.

Ikan buntal ubah nasib Alang di Pulau Pangkor
Kraftangan ikan buntal Alang & Angry Fish milik Mohd Arshas antara lokasi yang dilawat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pangkor.

Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat
Dari Sait, 56, dari Kampung Manggut, Spaoh, berkata dia belajar sendiri menyiang serta membuang racun ikan buntal kuning seawal usia 20 tahun.

Dua nelayan maut akibat makan telur ikan buntal
Seekor ikan buntal mengandungi cukup toksin untuk membunuh 30 manusia dewasa, dan tiada sebarang antidot yang berkesan setakat ini untuk menghentikan kesannya.