KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak diketahui jenisnya kerana hampir semua jenis ikan itu mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan secara tidak betul.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan berkata individu yang mengendalikan ikan buntal untuk dimakan juga harus mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap ikan tersebut.
Beliau berkata pengguna yang membeli ikan secara dalam talian terutama dalam bentuk filet perlu cakna dengan spesies dan jenis ikan yang dibeli.
"Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksinnya seperti hati, kulit, usus, serta ovarium dan bahagian-bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak.
"Ini kerana tetrodotoxin tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi...racun tetrodotoxin ini boleh menyerang saraf dan membawa kepada kematian jika dimakan," katanya.
Orang ramai juga dinasihati agar segera mendapatkan rawatan daripada pusat perubatan jika mengalami gejala keracunan seperti mual, muntah atau lemah otot dalam tempoh 30 minit hingga dua jam setelah makan ikan buntal.
Menurut statistik DOF, jumlah pendaratan ikan buntal di Malaysia pada 2020 adalah sekitar 1,337 tan dengan pendaratan tertinggi di Perak (804 tan), diikuti Sarawak (228 tan) dan Sabah (192 tan).
Ikan buntal yang biasa ditangkap adalah daripada spesies Lagocephalusia iaitu ikan buntal pisang, antaranya ikan buntal pisang emas (Lagocephalus wheeleri), buntal pisang muda (Lagocephalus spadiceus), dan buntal pisang kasar (Lagocephalus lunaris).
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon dilapor berkata seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal.
Difahamkan pasangan yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang, Johor itu mendapatkan bekalan daripada penjual secara pratempahan menerusi laman Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
![Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41680000252_IkanBuntal.jpg)
Individu yang mengendalikan ikan buntal untuk dimakan juga harus mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap ikan tersebut. - Gambar fail/ Pixabay
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720264272_TetraodonNigrovirid.jpg)
Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit
Kesemua mereka mengalami gejala yang teruk selepas memakan ikan buntal dan memerlukan rawatan kecemasan.
![Ikan buntal dari Jepun selamat dimakan - Persatuan Fugu Antarabangsa Ikan buntal dari Jepun selamat dimakan - Persatuan Fugu Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688896902_TBIkanbuntal.jpg)
Ikan buntal dari Jepun selamat dimakan - Persatuan Fugu Antarabangsa
Ikan buntal Jepun diedar dan dieksport dari negara Matahari Terbit itu termasuk ke Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Rusia.
![Keracunan ikan buntal: Laporan makmal dijangka diperolehi tiga minggu lagi Keracunan ikan buntal: Laporan makmal dijangka diperolehi tiga minggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679467189_LingTianSoon.jpg)
Keracunan ikan buntal: Laporan makmal dijangka diperolehi tiga minggu lagi
JKNJ juga kini sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan dan kepakaran dari universiti tentang hal perundangan.
![Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680951114_TBIKANBUNTAL.jpg)
Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah
KKM dan LKIM digesa menguatkuasakan akta sedia ada dan mengheret mereka yang bersalah ke mahkamah.
![Ikan buntal tidak dibenarkan dijual - KP Kesihatan Ikan buntal tidak dibenarkan dijual - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680089017_IkanBuntal.jpg)
Ikan buntal tidak dibenarkan dijual - KP Kesihatan
Sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.
![Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41680000252_IkanBuntal.jpg)
Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.
![Warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal di Johor Warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41680000252_IkanBuntal.jpg)
Warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal di Johor
Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun maut manakala suaminya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal, tengah hari Sabtu lalu.
![Ikan buntal ubah nasib Alang di Pulau Pangkor Ikan buntal ubah nasib Alang di Pulau Pangkor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600160921_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Ikan buntal ubah nasib Alang di Pulau Pangkor
Kraftangan ikan buntal Alang & Angry Fish milik Mohd Arshas antara lokasi yang dilawat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pangkor.
![Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41546205585_IkanBuntal.jpg)
Ikan buntal beracun jadi hidangan lazat
Dari Sait, 56, dari Kampung Manggut, Spaoh, berkata dia belajar sendiri menyiang serta membuang racun ikan buntal kuning seawal usia 20 tahun.
![Dua nelayan maut akibat makan telur ikan buntal Dua nelayan maut akibat makan telur ikan buntal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71519459211_IkanBuntal.jpg)
Dua nelayan maut akibat makan telur ikan buntal
Seekor ikan buntal mengandungi cukup toksin untuk membunuh 30 manusia dewasa, dan tiada sebarang antidot yang berkesan setakat ini untuk menghentikan kesannya.