NEW YORK: Lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia memberi amaran realiti yang berlaku hari ini ialah dianggarkan seorang penduduk dunia mati kelaparan setiap empat saat.
Memetik laporan AFP, isu ini dianggap amat serius dan menggesa tindakan tegas antarabangsa diambil untuk menamatkan krisis kelaparan di seluruh dunia.
Dalam sepucuk surat kepada para pemimpin dunia yang berhimpun di New York bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 238 badan daripada 75 negara, termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan England (Oxfam), Organisasi kemanusiaan Save the Children dan Plan International meluahkan kemarahan terhadap isu kebuluran yang kian melonjak.
"Seramai 345 juta orang kini mengalami ‘kebuluran akut’, jumlah yang meningkat lebih dua kali ganda sejak 2019.
"Meskipun para pemimpin dunia berjanji tiada isu kebuluran akan berlaku lagi pada abad ke-21, isu kebuluran masih berlaku di Somalia. Dianggarkan 50 juta orang di 45 negara mungkin mengalami kebuluran," menurut kenyataan badan-badan NGO berkenaan.
Difahamkan, seramai 19,700 orang pula dianggarkan meninggal dunia akibat kebuluran setiap hari sama dengan seorang meninggal dunia setiap empat akibat kelaparan.
Kesatuan Jagaan Keluarga Yaman, Mohanna Ahmed Ali Eljably memaklumkan, isu ini disifatkan sebagai sesuatu yang teruk kerana dengan kecanggihan teknologi dalam bidang pertanian dan penuaian pada masa kini, dunia masih membincangkan tentang kebuluran.
"Ini bukan melibatkan sebuah negara atau satu kontinen, kebuluran tidak terjadi dengan satu punca sahaja. Ini tentang ketidakadilan dalam hal kemanusiaan,” tegasnya yang meminta pemimpin di seluruh dunia mengambil tindakan segera.
Agensi
Wed Sep 21 2022

Lebih 200 NGO dari seluruh dunia memberi amaran realiti yang berlaku hari ini ialah dianggarkan seorang penduduk dunia mati kelaparan setiap empat saat. - Gambar REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Fletcher turut menekankan keperluan mendesak bekalan makanan dan perubatan bagi wilayah yang didiami lebih 2 juta orang.

Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.

Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.

Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.

UNRWA beri amaran kebuluran yang bakal melanda Gaza
Operasi UNRWA adalah penting untuk memenuhi keperluan asas mereka yang telah kehilangan segala-galanya.

Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.

Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.

WFP beri amaran ancaman kebuluran di Gaza menjelang musim sejuk
WFP menyuarakan kebimbangan bahawa usaha untuk membawa masuk bekalan penting menghadapi cabaran yang semakin meningkat dan menyeru agar situasi ini dihentikan.

Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia
Ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel.