JAKARTA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Indonesia (DJBC) hari ini melancarkan operasi 'Pasukan Petugas Bersama Mengenai Narkotik 2023' (JTF 2023) untuk membanteras pengedaran dadah rentas sempadan.
Ketua Cawangan Narkotik Bahagian Penguatkuasaan JKDM Maznan Harron berkata operasi akan memberi tumpuan kepada laluan lintas darat antara Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan, manakala laluan lintas sempadan laut fokus di bahagian timur Kalimantan.
"Kita mengambil tindakan pantas dengan berkerjasama melalui hubungan dua hala untuk menyekat pergerakkan rentas negara memandangkan pengedaran dadah semakin dinamik dan berkembang pesat," katanya selepas mengadakan mesyuarat JTF 2023 di sini.
Operasi kali kelima selama sebulan bermula 1 Jun membolehkan kedua-dua pihak berkongsi amalan terbaik mengenai penguatkuasaan di sempadan dan berkongsi maklumat risikan aktiviti penyeludupan dadah.
Pelancaran operasi JTF 2023 dilakukan Maznan dan Timbalan Pengarah Operasi dan Pendedahan Rangkaian Narkotik DJBC Prijo Andono di ibu pejabat DJBC.
Hadir sama Kaunselor Kastam Kedutaan Besar Malaysia Ahmad Talib, Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 Bahagian Narkotik JKDM Yusmi Mohd Yusof dan ketua bahagian penguatkuasaan JKDM Sarawak Suhaimi Yusof.
Menurut Prijo, operasi turut mengukuhkan pembangunan sumber manusia dan pembangunan keupayaan melalui latihan secara fizikal serta maya dalam bidang pencegahan penyeludupan dadah.
"Kerjasama erat ini diharap dapat menyelamatkan generasi muda yang akan datang daripada terkesan akibat aktiviti pengedaran dadah," katanya, sambil menambah JKDM akan menjadi tuan rumah majlis penutupan operasi JTF 2023 di Kota Kinabalu, Sabah pada Julai.
Maznan yang mengetuai delegasi turut dibawa melawat bangunan 'Kastam K-9 Training and Simulation Training' serta menonton demonstrasi anjing K9 DJBC yang mengesan dadah dalam bagasi pakaian dan parcel.
Kerjasama kedua pihak yang telah lama terjalin telah ditingkatkan melalui mesyuarat dua hala tahunan secara bergilir mengikut 'Terma Rujukan Mesyuarat Dua Hala antara DJBC dan JKDM' yang dimeterai pada 10 Jun 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
![Kastam Malaysia, Indonesia lancar operasi 'Joint Task Force on Narcotics 2023' Kastam Malaysia, Indonesia lancar operasi 'Joint Task Force on Narcotics 2023'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685023212_JKDM.jpg)
Operasi kali kelima selama sebulan bermula 1 Jun membolehkan kedua-dua pihak berkongsi amalan terbaik mengenai penguatkuasaan di sempadan dan berkongsi maklumat risikan aktiviti penyeludupan dadah. - Gambar Bernama
![Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720108288_OngKimSwee.jpg)
Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee
Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
![Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720051183_tbNgaKorMing.jpg)
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
![Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100172_minumankeras.jpg)
Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import
JKDM menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras yang mengikrar barangan sebagai sayur-sayuran, menerusi penahanan dua kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 13 Jun.
Tumpuan Jumaat – 05 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720105938_KLIAGasBocor.jpg)
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA.
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 2)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to Karisma Putera Abdul Rahman, Policy Research Analyst at Bait Al Amanah
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 1)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to UM's Assoc Prof Dr Roy Anthony Rogers, Deputy Executive Director (Development, Research, & Innovation), Asia Europe Institute
![Polis sahkan rangka milik 'Hafiz' Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720105371_ayah.jpg)
Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
10 Berita Pilihan - (04 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![ESSCOM hasrat libatkan pasukan khas JKDM, JIM dalam latih amal di ESS ZONE ESSCOM hasrat libatkan pasukan khas JKDM, JIM dalam latih amal di ESS ZONE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719674746_TBesscom.jpg)
ESSCOM hasrat libatkan pasukan khas JKDM, JIM dalam latih amal di ESS ZONE
ESSCOM berhasrat memperluas latih amal gabungan pasukan khas dengan JIM dan JKDM bagi mengukuhkan keselamatan di ESS ZONE.
![Pegawai kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan Pegawai kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719417313_pistol.jpg)
Pegawai kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mahu mencuba pistol jenis CZ sebelum tertekan picu, dalam insiden 11 Jun lepas.
![Kastam Perlis tahan 8 warga Thailand, gagalkan cubaan seludup diesel, petrol Kastam Perlis tahan 8 warga Thailand, gagalkan cubaan seludup diesel, petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718876090_tbJKDMSeludupDies.jpg)
Kastam Perlis tahan 8 warga Thailand, gagalkan cubaan seludup diesel, petrol
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak diesel dan petrol serta rampasan ke atas komoditi lain bernilai RM108,585.
![Seludup rokok haram di Kelantan catat penurunan - JKDM Seludup rokok haram di Kelantan catat penurunan - JKDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710916800_TBWANJAMALABDUL.jpg)
Seludup rokok haram di Kelantan catat penurunan - JKDM
Kegiatan penyeludupan rokok haram di Kelantan menunjukkan penurunan sebanyak 73.2 peratus apabila merekodkan rampasan lebih 4.4 juta batang rokok sejak Januari hingga Mei lepas.
![SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717579445_tbsindiketSPRMpu.jpg)
SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang
Sindiket didalangi warga asing itu sudah 10 tahun beroperasi, dengan nilai ketirisan dianggar sekitar RM3.5 bilion
![Kastam rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.98 juta Kastam rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.98 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710916800_TBWANJAMALABDUL.jpg)
Kastam rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM1.98 juta
JKDM menggagalkan cubaan mengedar pelbagai barangan seludup bernilai hampir RM1.98 juta menerusi Operasi Palang Timur dan Operasi Makmur III yang bermula 2 hingga 31 Mei lepas.
![Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717140433_AhmadHilmiGhazali.jpg)
Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan
Seorang pegawai kanan JKDM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan tidak menyerahkan rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan.
![Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000 Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717074739_MuhammadIlyasQueek.jpg)
Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menumpaskan sindiket pengedaran rokok dan bir tidak sah dianggarkan bernilai lebih RM600,000.
![Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717068464_KastamMelakarampa.jpg)
Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta
JKDM Melaka menumpaskan dua kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan bernilai hampir RM12.8 juta termasuk cukai di sekitar Johor pada Februari dan Mei.
![Kastam rampas 154 kg methaphetamine, empat lelaki ditahan Kastam rampas 154 kg methaphetamine, empat lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716287965_TBJKDM.jpg)
Kastam rampas 154 kg methaphetamine, empat lelaki ditahan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 154 kilogram methaphetamine bernilai RM5 juta dan menahan empat lelaki warga tempatan di tiga lokasi pada 14 Mei lepas.