KABUL: Bekas Presiden Afghanistan Hamid Karzai pada Ahad menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mempertimbangkan semula keputusan memperuntukkan US$3.5 bilion daripada US$7 bilion aset beku Afghanistan untuk digunakan bagi prosiding undang-undang yang tertangguh dan tuntutan pampasan tragedi 9/11.
"Bagaimana AS boleh peroleh pampasan daripada negara yang menjadi mangsa keganasan?," kata Karzai pada sidang di Kabul lapor Agensi Anadolu.
Beliau memetik kejadian pembunuhan pengasas al-Qaeda Osama bin Laden pada 2011 yang dituduh sebagai dalang serangan 9/11 dan dibunuh tentera AS dalam operasi di utara Pakistan.
Barack Obama merupakan presiden AS ketika itu, dan Biden naib presiden.
Karzai menegaskan bahawa rakyatnya tidak sepatutnya menanggung perbuatan yang dilakukan Osama, meminta presiden AS menyemak semula perintah eksekutifnya serta mengembalikan US$7 bilion milik bank pusat Afghanistan, lapornya.
"Bagaimana mereka boleh menyalahkan negara miskin dan merampas wang mereka?" Karzai merujuk kepada kesempitan kewangan dihadapi negara itu sejak Taliban mengambilalih tampuk pemerintahan pada Ogos lalu.
BACA: Protes bantah tindakan AS guna AS$3.5 bilion aset Afghanistan
Pada Jumaat, Biden menandatangani perintah eksekutif mengagihkan dana beku terhadap mangsa tragedi 9/11 dan bantuan kemanusiaan di Afghanistan.
Dana tersebut telah disimpan dalam Bank Rizab Persekutuan sejak Taliban mengambil alih kerajaan Afghanistan.
Taliban mendakwa pemilikan dana itu, tetapi AS tidak mengiktiraf mereka sebagai kerajaan Afghanistan yang sah. Aset itu terdiri mata wang, bon, dan emas.
Pemangku pegawai Taliban berulang kali menuntut pembebasan dana yang dikawal di New York, tetapi di bawah sekatan antarabangsa, sebarang transaksi kewangan dengan kumpulan itu adalah haram.
Menurut Agensi Anadolu, bank pusat Afghanistan pada Sabtu membantah tindakan AS, dengan berkata: "Pemilik sebenar rizab ini adalah rakyat Afghanistan. Rizab ini bukan milik kerajaan, parti, atau kumpulan dan tidak pernah digunakan mengikut kehendak atau keputusan mereka."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Hamid Karzai bercakap pada sidang media di Kabul, Afghanistan, 13 Feb 2022. (Foto AP)
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Karzai desak AS pertimbang semula keputusan mengenai aset Afghanistan
Karzai menegaskan, rakyatnya tidak sepatutnya menanggung perbuatan yang dilakukan Osama.
Afghanistan pasca Hamid Karzai
Perubahan baru dan kesan dramatik dijangkakan daripada pasca pilihan raya Afghanistan selepas Hamid Karzai bukan lagi Presiden di negara itu.
Afghanistan memilih: Proses mengundi lancar, tiada gangguan Taliban
Pilihan raya di Afghanistan berjalan dengan aman pada Sabtu, menyangkal ramalan ancaman Taliban yang dikatakan bakal menganggu proses pengundian.
Kabul mahu Pakistan bantu jayakan rundingan damai
Presiden Afghanistan Hamid Karzai, mendesak Pakistan mengadakan rundingan damai dengan Taliban bagi menamatkan keganasan.
Hamid Karzai tuduh kerjasama Taliban dan AS lancar bom
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menuduh Taliban dan Amerika Syarikat bekerjasama bagi melancarkan serangan bom di negara itu.
Operasi tentera AS di Afghanistan tamat
Operasi tentera Amerika Syarikat di Afghanistan akan berakhir lebih cepat selepas pertemuan Presiden Barack Obama dan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai.