ISLAMABAD: Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kualiti udara bandar pelabuhan itu mencatatkan paras 227, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia pada Ahad, menurut badan pemikir alam sekitar global IQAir.
Sementara itu, Lahore bandar kedua terbesar di negara itu menduduki tempat ketiga.
Kerajaan wilayah Punjab mewajibkan penduduk di 10 daerah yang dilanda kabus asap memakai pelitup muka selama seminggu.
"Utamakan kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama. Sila patuhi garis panduan untuk kehidupan komuniti yang lebih selamat," kata Ketua Menteri Punjab Mohsin Naqvi di X.
Pada Sabtu, sekatan pergerakan dilaksanakan di daerah yang terjejas untuk menangani peningkatan tahap pencemaran udara dengan mengurangkan pelepasan berkaitan oleh industri dan pengangkutan.
Institusi pendidikan dan pejabat juga ditutup.
Kabus asap menyelubungi sekurang-kurangnya 10 daerah di wilayah Punjab tengah, termasuk ibu negerinya Lahore yang mempunyai lebih 11 juta penduduk.
Pihak berkuasa Pakistan menyalahkan pelepasan industri, asap dari tanur bata dan kenderaan, pembakaran sisa tanaman dan sisa am sebagai punca pencemaran udara dan kabus asap di Lahore.
Pakistan bertanggungjawab untuk kurang daripada satu peratus pelepasan karbon global, namun merupakan antara 10 negara teratas paling terdedah kepada perubahan iklim.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
Seorang lelaki warga emas sedang lakukan senaman di sebalik jerebu tebal di Karachi, Pakistan. - Foto REUTERS
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Karachi bandar raya paling tercemar di dunia
Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran.
27 mati di selatan Pakistan akibat denggi
Penularan deman denggi di Pakistan semakin buruk, dengan 27 pesakit mati di Wilayah Sindh di selatan negara itu bulan ini.
Pakistan: Banjir mungkin berlarutan sehingga enam bulan - Pihak berkuasa
Banjir yang disebabkan oleh hujan monsun dan pencairan glasier di kawasan pergunungan di utara Pakistan setakat ini telah meragut nyawa lebih 1,400 orang.
Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.
Selebriti TV dan ahli politik Pakistan Aamir Liaquat meninggal dunia pada usia 49
Aamir Liaquat ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya dan dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan, lapor media Pakistan.
Tiga warga China antara terbunuh dalam insiden letupan di Karachi
Empat orang, termasuk tiga warga China, terbunuh dalam satu insiden letupan bom di Universiti Karachi di Pakistan pada Selasa.
30 maut, lebih 50 cedera dua kereta api bertembung di selatan Pakistan
Nahas kereta api di wilayah Sindh, selatan Pakistan pada Isnin meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa manakala lebih 50 yang lain cedera.
Lelaki penggal kepala Daniel Pearl dibebaskan Mahkamah Pakistan
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyifatkan keputusan itu sebagai penghinaan kepada semua mangsa keganasan.
Banjir di Pakistan: Helikopter digunakan untuk pindahkan mangsa terjejas
Helikopter penyelamat dihantar di bandar pelabuhan selatan Karachi, Pakistan bagi memindahkan lebih 200 keluarga akibat hujan lebat yang membanjiri bandar itu.