Kulit di bahagian kaki Doaa bertukar menjadi lebam dan kehitaman. Lengan dan leher kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu menunjukkan simptom yang sama – gelap dan mengeras.
Doaa tidak mampu melakukan banyak pergerakan kerana tidak tahan kesakitan yang tidak terhingga.
Doaa sedang bermain di laman di belakang kediamannya ketika sebuah roket dipercayai milik kumpulan militan Daish tiba-tiba jatuh di rumah jirannya, meletup dan mengeluarkan gas beracun.
Sebulan selepas insiden tersebut, penduduk di sekitar kawasan itu masih dapat membau bau terbakar, begitu menyakitkan. Dinding rumah bertukar menjadi hitam ekoran letupan dan tanaman mati.
Penduduk langsung tidak berani untuk menyentuh sisa roket yang masih bertaburan di kawasan kediaman mereka.
“Kami tidak tahu-menahu tentang kandungan roket itu, apa yang kami tahu ia telah menyebabkan tubuh Doaa merekah akibat luka yang dialaminya. Doaa tidak menunjukkan apa-apa tanda untuk pulih seperti sediakala,” kata Sultan, 33.
Doaa merupakan salah seorang mangsa dalam serangan senjata keempat dilancarkan kumpulan Daish dari bulan September dan Oktober di utara Iraq.
Kumpulan hak asasi telah merekodkan tiga insiden sebelum ini.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, kumpulan Daish yang bertanggungjawab meninggalkan kesan-kesan amonia dan sulfur di kawasan awam.
PBB juga menyuarakan kegusaran terhadap kemungkinan kumpulan pengganas tersebut melancarkan serangan kimia dalam usaha mereka mengusir Iraq dari kubu kuat mereka di daerah Mosul.
Sebelum ini, kumpulan pengganas Daish telah mempamer keberkesanan penggunaan bahan-bahan beracun dalam serangan berulang ke atas orang awam dan mengorbankan ratusan penduduk di kawasan penguasaan mereka.
Serangan di Qayara pada 17 Oktober lalu telah berjaya dikuasai oleh kumpulan pengganas yang digeruni itu.
Tidak jauh dari lokasi tragedi yang menimpa Doaa, satu lagi insiden bedilan roket berlaku. Kali ini, ia ‘mendarat’ dan 'tertanam' di halaman seorang penduduk di situ.
Mangsa-mangsa dan saksi mendakwa kandungan bahan dikenali sebagai gas ‘mustard’ (sesawi).
Seorang mangsa, Sirhan Awwad, berusia dalam lingkungan 20-an, tercedera ketika cuba untuk mengeluarkan roket itu, berkata beliau terpaksa menerima rawatan di Baghdad kerana doktor tempatan tidak dapat merawat kecederaannya.
“Saya masuk tidur dan menyedari tangan saya mula kemerahan. Sehari selepas kejadian berlaku, saya mula mengalami luka-luka di tempat yang sama. Sehingga hari ini, kulit di tangannya masih menunjukkan kesan luka yang dalam.
Bukan serangan biasa
Episod berdarah Awwad sempat dirakam saudara kandungnya. Apabila beliau menunjukkan detik kejadian dari komputer ribanya, kelihatan ekor roket terkeluar dari tanah. Impak kuat turut menyebabkan paip air bawah tanah pecah lalu memuntahkan air berwarna kuning dan berbuih.
Anggota polis telah mengeluarkan sisa roket yang tertanam namun, ekoran dari kejadian pokok dan tanaman di kawasan itu sudah tidak bernyawa.
Awwad berkata, pakar perubatan di Baghdad mengesahkan simptom yang dialaminya berpunca dari pendedahan yang berterusan terhadap agen gas 'mustard'.
Awwad bukan bersendirian. Entah berapa ramai lagi remaja dan kanak-kanak yang terpaksa menderita akibat kekejaman puak pengganas Daish.
Hari ini, istilah kehidupan normal bagi Doaa dan Awwad hanyalah mimpi semata-semata.
Agensi
Sun Nov 13 2016
Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui penderitaan Doaa. - Gambar Reuters/Air Jalal
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Tumpuan Sabtu – 04 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (03 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petani Kenya guna AI kenal pasti tanaman tidak sihat
Aplikasi yang dibangunkan oleh organisasi bukan untung Plant Village, menawarkan penyelesaian masa nyata untuk isu kesihatan tanaman, satu rahmat untuk petani yang telah lama bergelut untuk mengenal pasti tanaman berpenyakit.
PM Thailand isytihar aset RM1.8 bilion, termasuk 200 beg tangan berjenama
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengisytiharkan aset bernilai lebih 400 juta dolar Amerika (RM18. bilion).
Hanoi bandar paling tercemar di dunia
Ibu kota Vietnam, Hanoi, telah diselubungi jerebu tebal sejak beberapa minggu lalu, menjadikannya menjadi bandar paling tercemar di dunia.
30 terperangkap dalam bangunan, 12 dirawat hidu asap tebal
Daripada jumlah itu, 12 orang menerima rawatan akibat terhidu asap tebal dan tiada kematian dilaporkan.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.