SATU kajian berhubung keberkesanan dua dos vaksin COVID-19 untuk Sindrom Pernafasan Akut Teruk Koronavirus 2 (SARS-CoV-2) di Guangzhou, China baru-baru ini menunjukkan ia memberikan perlindungan mencukupi bagi menentang varian Delta yang mampu mengancam nyawa manusia di seluruh dunia, kata Pakar Vaksin Pharmaniaga Berhad Dr Ajit Pal Singh.
Beliau berkata kajian itu, yang diketuai Pakar Epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Guangzhou iaitu Zhong Nanshan, mendapati penggunaan vaksin CoronoVac keluaran Sinovac Biotech Ltd dan vaksin SARS-CoV-2 keluaran China National Biotech Group menunjukkan bahawa kedua-duanya lebih berkesan terhadap pesakit COVID-19 bergejala sederhana berbanding yang bergejala ringan.
"Kajian mendapati dua dos vaksin itu mencapai 59 peratus efikasi dalam menentang COVID-19 yang disebabkan oleh varian Delta dengan 70.2 peratus efikasi bagi kategori penyakit respiratori sederhana dan 100 peratus efikasi bagi kes teruk.
"Berdasarkan maklumat ini, hasil kajian didapati melebihi nilai ambang efikasi 50 peratus yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi mana-mana vaksin SARS-CoV-2," menurutnya dalam artikel yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini.
Dr Ajit berkata kajian itu dilakukan ke atas 628 peserta termasuk 153 pesakit COVID-19 yang disebabkan oleh varian Delta dan 475 kes kontak rapat di bandar tersebut yang berumur lingkungan 18 hingga 59 tahun.
Katanya 10 orang daripada mereka adalah pesakit tahap kritikal, enam bergejala teruk, 105 bergejala sederhana dan 32 bergejala ringan.
Beliau berkata kajian itu turut mendedahkan bahawa pesakit dengan suntikan sekurang-kurangnya satu dos mempunyai tahap perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 dengan tahap keberkesanan vaksin 13.8 peratus manakala kesemua 16 kes yang kritikal dan teruk masih belum menerima vaksin SARS-CoV-2.
"Menerusi kajian sama, saintis mendapati keberkesanan vaksin adalah lebih tinggi terhadap golongan wanita dan individu berumur lingkungan 40 hingga 59 tahun dengan kadar efikasi 72.5 peratus berbanding golongan lelaki serta individu dijangkiti COVID-19 yang bergejala sederhana," katanya.
Dr Ajit berkata data itu menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk mempertingkat vaksinasi terhadap golongan wanita dan warga emas dalam program vaksinasi secara berterusan.
Katanya negara yang berdepan kekurangan bekalan vaksin COVID-19 pula boleh membuat polisi dengan disokong penemuan berdasarkan kajian saintifik yang mungkin mengkehendaki seorang individu mendapatkan perlindungan dua dos vaksin terlebih dahulu sebelum berlakunya gelombang wabak baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021

Kajian itu dilakukan ke atas 628 peserta termasuk 153 pesakit COVID-19 yang disebabkan oleh varian Delta dan 475 kes kontak rapat di Guangzhou yang berumur lingkungan 18 hingga 59 tahun. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

CITF-C perinci pemberian vaksin Sinovac untuk kanak-kanak
Perincian perihal pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) malam ini.

Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga
Golongan kanak-kanak dan remaja perlu divaksin untuk mengecilkan lagi risiko permutasian dan kebolehjangkitan virus COVID-19 dalam masyarakat.

Kajian terbaharu tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 berkesan ke atas Omicron
Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima.

Harga runcit, borong maksimum untuk vaksin COVID-19 Sinovac Sinopharm ditetapkan
Harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm akan ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini (15 Jan).

Tiga dos vaksin Sinovac mampu beri 94 peratus perlindungan terhadap varian Omicron
Kajian terbaharu menunjukkan tiga dos vaksin keluaran syarikat biotech Sinovac mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian COVID-19 Omicron.

KKM kumpul 663 sampel bagi kajian vaksin Sinovac kanak-kanak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumpul 663 sampel di seluruh negara untuk kajian bagi menentukan sama ada vaksin Sinovac sesuai diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun.

Vaksin COVID-19: Pejabat Kesihatan Tawau sasar 30,000 penerima dos penggalak
Jumlah itu terdiri daripada penerima vaksin Sinovac dan Pfizer-BioNTech daripada golongan warga emas.

Vaksin COVID-19: Hong Kong turunkan had umur ambil vaksin mulai usia 3 tahun
Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin CoronaVac.

Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak
Perkembangan situasi pandemik di dunia kini telah membuktikan pentingnya penggunaan dos penggalak.

Sinovac, Astrazeneca dipertimbang sebagai dos penggalak - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca digunakan untuk suntikan dos penggalak, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.