BANGKOK: Kabinet Thailand memberikan lampu hijau untuk mengadakan pilihan raya Gabenor Bangkok yang sekian lama dinantikan, selepas kali terakhir diadakan sebelum rampasan kuasa 2014.
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana, berkata mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Selasa, turut meluluskan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Pattaya, juga kali terakhir diadakan sebelum rampasan kuasa.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand akan menetapkan tarikh pilihan raya Gabenor Bangkok dan Datuk Bandar Pattaya.
"Pilihan raya dijangka diadakan Mei tahun ini," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Media tempatan melaporkan, penduduk Bangkok bakal memilih 50 ahli majlis manakala penduduk Pattaya memilih 24 ahli majlis.
Dalam pilihan raya Gabenor Bangkok pada 2013, Sukhumbhand Paribatra dari Parti Demokrat memenangi penggal keduanya. Bagaimanapun, beliau disingkirkan berikutan rampasan kuasa Mei 2014, dan digantikan Aswin Kwanmuang yang dilantik pada Oktober 2016.
Tinjauan Institut Pentadbiran Pembangunan Kebangsaan mendapati bekas menteri pengangkutan dalam pentadbiran Yingluck Shinawatra, Chadchart Sittipunt, menjadi pilihan untuk Gabenor Bangkok. Beliau dijangka bertanding sebagai calon bebas.
Seramai 1,313 responden terbabit dalam tinjauan itu yang diadakan dari 28 Feb hingga 2 Mac.
Tinjauan mendapati 38.01 peratus memilih Chadchart sebagai Gabenor Bangkok akan datang. Penyandang Aswin Kwanmuang ketinggalan jauh dengan sekadar memperoleh 11.73 peratus sokongan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
![Kabinet Thailand lulus adakan Pilihan Raya Gabenor Bangkok Kabinet Thailand lulus adakan Pilihan Raya Gabenor Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646758684_Thailand.jpg)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand akan menetapkan tarikh pilihan raya Gabenor Bangkok. - Gambar fail/ AP
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719209358_TBSukanAsia.jpg)
Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengemukakan rayuan kepada tuan rumah Thailand, untuk menyenaraikan semula karate untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2025.
![Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
![Thailand serah surat rasmi sertai BRICS Thailand serah surat rasmi sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718949788_BRICS.jpg)
Thailand serah surat rasmi sertai BRICS
Nikorndej berkata surat rasmi hasrat untuk menyertai kumpulan itu semasa mesyuarat menteri BRICS telah dikemukakan lebih seminggu lepas.
![Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650887588_DURIAN.jpg)
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
![ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718455454_tbKastam.jpg)
ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
!['Saya akan bangkit semula' - Jojo 'Saya akan bangkit semula' - Jojo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717847126_TBJOJOMUAYTHAI.jpg)
'Saya akan bangkit semula' - Jojo
Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam ONE Championship di Bangkok.
![Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717411889_TBFREDYPRATAMA.jpg)
Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama
Polis Republik Indonesia mendedahkan bahawa rakan sejawat mereka dari Thailand kini sedang melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap raja dadah Indonesia, Fredy Pratama.
![Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717227819_DonMuengairport.jpg)
Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini
Thailand menyasarkan untuk menjana hasil pelancongan sebanyak 3 trilion Baht pada 2024, berikutan pencapaian tahun lepas sebanyak 1.2 trilion Baht.
![Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708646523_thailand.jpg)
Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir
PM komited meningkatkan daya saing Thailand melalui langkah-langkah baharu yang bertujuan memudah cara pemprosesan pelbagai jenis visa.