Jurukamera itu, Petra Laszlo dalam satu surat kepada akhbar Magyar Nemzset berkata, tindakan tersebut adalah kerana dia panik dengan keadaan yang berlaku ketika itu.
“Apabila saya menonton semula rakaman tersebut, saya melihat seolah-olah itu bukan diri saya. Saya menyesal dengan apa yang telah saya lakukan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perlakuan tersebut.
“Itu satu tindakan secara tiba-tiba kerana saya panik dan tak tahu mahu berbuat apa apabilasecara tiba-tiba ratusan berlari ke arah saya,” tulis Laszlo yang turut dipecat syarikatnya bekerja, saluran N1TV kerana tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.
BACA: Video pelarian Syria diberi makan seperti haiwan cetus kemarahan dunia
N1TV dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, perkara yang dilakukan Laszlo tidak boleh diterima dan dilabelkan sebagai satu tindakan biadab oleh pihak syarikat.
Kontrak Laszlo dengan N1TV ditamatkan serta merta.
Laszlo juga menghadapi tuduhan jenayah di bawah dakwaan melanggar keamanan.
Satu akaun Facebook bertajuk ‘Wall Of Shame’ turut diwujudkan bagi menyelar dan mengutuk tindakan Laszlo itu.
Laszlo dirakam menendang seorang pelarian Syria yang ketika itu sedang membawa anaknya