Kemuncak sambutan Hari Sarawak 2019 menyaksikan detik bersejarah buat Bumi Kenyalang itu diraikan dengan penuh berprestij dan gilang-gemilang apabila ribuan penduduk tempatan dan luar hadir di sini, hari ini,
Daripada persembahan sehinggalah kepada majlis perasmian, semuanya berjalan lancar tanpa ada satu pun cacat cela.
Namun, di sebalik kelancaran dan kemeriahan sambutan Hari Sarawak tahun ini, sudah tentu berdiri “hero tidak didendang” – yang bertungkus lumus memastikan sambutan hari keramat itu tampak gah di mata pengunjung.
Siapa sangka, orangnya tidak lah berbadan “sasa”, namun tugas Dolly Anak Jugi tidak boleh dinafikan pada Sambutan Hari Sarawak kali ini.
Pemuda berusia 27 tahun itu bertugas sebagai pengendali atau operator jimmy jib, yang berperanan mengawal struktur kren yang dilengkapi dengan kamera, bagi merakam setiap momen yang berlaku sepanjang sambutan tersebut.
Malah, Dolly mengakui mengendalikan struktur kren seberat 300 kilogram (kg) itu seorang diri, bukan sesuatu yang mudah kerana aspek keselamatan khususnya orang ramai perlu sentiasa dititik-beratkan.
“Dalam memastikan aspek keselamatan, macam saya bahagian jimmy jib yang bersaiz panjang, memang kita memastikan keselamatan.
“Setiap hari kita akan memeriksa (kren) sebelum persembahan bermula dan melakukan raptai sebelum ia beroperasi. Jadi, kita periksa dari masa ke masa untuk pastikan keselamatan diutamakan,” katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Jelas Dolly lagi, pasukannya mengambil masa selama seminggu bagi membuat persiapan termasuk menyediakan peralatan, selain tiga hari diperuntukkan untuk sesi raptai sempena Hari Sarawak.
“Kalau nak cerita pasal penat atau tidak cukup tidur, memanglah… tetapi untuk memastikan kelancaran program hari ini, kita bekerjasama dengan pihak produksi untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.
“Sepanjang lapan tahun dalam bidang video, yang kebanyakannya di bahagian Multiple Camera Production (MCP), cabarannya memang banyak. Cuaca hujan (dan) panas memang kena tempuh untuk memastikan program berjalan lancar,” ujarnya.
Selain itu, peranan juruhias juga tidak kurang penting - yang mana dianggarkan kira-kira 2,000 meter kain “scallop” diperlukan untuk menghias khemah yang menempatkan hampir 10,000 pengunjung.
Menurut Rickman Anak Dolem, 19 tahun, pihaknya perlu mendapatkan stok kain baharu kerana kain yang ada tidak mencukupi.
“Tugas kami ialah menyusun hiasan yang mana kami atur mengikut warna Bendera Sarawak, contohnya kuning, hitam dan merah. Tanpa hiasan pastinya suasana (majlis) akan kelihatan suram.
“Untuk 50 meter kain, kami boleh guna untuk sembilan khemah, dan di sini ada lebih 40 khemah,” katanya.
Seperti petugas-petugas, juruhias juga tidak terlepas daripada cabaran termasuklah faktor cuaca.
“Ada juga risau kerana keadaan cuaca (di Bintulu) tidak menentu. Majlis ini (Sambutan Hari Sarawak) paling mencabar bagi kami sebab di sini terlampau kuat angin dan takut mungkin kain akan putus atau terkoyak, maka terpaksalah kami sediakan yang lain lagi,” ujarnya.
Sementara itu, jurukamera Herwin Anak Goep berkata, persiapan awal dan kerjasama daripada semua pihak produksi termasuk penganjur telah memudahkan urusan kerja.
“Cabaran atau persiapan agak tidak rumit sebab semua sudah diatur dan tentatif program telah diberi awal supaya kami dapat melaksanakan tugas kami.
“Persiapan telah dibuat selama empat hari,” kata pemuda berusia 30 tahun itu.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 22 2019

Dolly berkata, pasukannya mengambil masa selama seminggu bagi membuat persiapan termasuk menyediakan peralatan, selain tiga hari diperuntukkan untuk sesi raptai sempena Hari Sarawak. - Astro AWANI

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

'Hero' di sebalik Sambutan Hari Sarawak
Daripada persembahan sehinggalah kepada majlis perasmian, semuanya berjalan lancar tanpa ada satu pun cacat cela.