CALON Presiden Indonesia pertama, Joko Widodo komited untuk terus konsisten membangunkan infrastruktur negara itu jika terpilih sebagai presiden. Ia harus dilakukan bagi memastikan kesalinghubungan dan penyambungan yang lebih baik di seluruh Indonesia.
Demikian katanya ketika menjawab soalan oleh panelis mengenai kedudukan Indonesia yang berada di tangga ke-71 dalam laporan daya saing global 2018 dalam Debat Capres Kedua Pilpres 2019 di Jakarta pada Ahad.
Hal ini katanya dipengaruhi antaranya kesalinghubungan, kualiti jalan dan perkhidmatan pelabuhan yang rendah.
"Ia bukan hanya sahaja mengenai jalan tol, bukan hanya pelabuhan, bukan sahaja di lapangan terbang, tetapi juga di kilang-kilang elektrik dan projek digitalisasi yang telah kami bina seperti Palapa Ring," kata Jokowi.
Beliau kemudian membuktikan prestasi infrastruktur sepanjang empat tahun tempoh pemerintahannya, bahawa kerajaan telah membina jalan tol, lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang dan pembangunan baru, untuk menghubungkan rangkaian melalui Palapa Ring, yang merupakan tulang belakang kepada infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi.
“Inilah yang kita ingin terus lakukan agar perhubungan di antara pulau-pulau, wilayah, daerah dan bandar terhubung dengan baik, dengan kemudahan itu, kemudahan pengangkutan logistik, barangan, mobiliti rakyat akan lebih cepat,” katanya.
Sementara itu, Calon Presiden kedua, Prabowo Subianto menuduh pembangunan infrastruktur yang dilakukan di era pemerintahan Presiden Jokowi dilakukan dengan cara tersendiri.
Kata Prabowo, pembangunan dijalankan tanpa kelayakan dan perancangan yang sewajarnya. Hasil daripada kekangan ini, Prabowo berkata infrastruktur yang dibina oleh era Jokowi tidak menguntungkan.
Prabowo menyebut contoh projek yang tidak cekap, antara lain; Lapangan Terbang Kertajati dan LRT Palembang.
Namun tuduhan ini ditolak oleh Jokowi. Menurutnya, semua infrastruktur yang dilaksanakan oleh eranya telah dirancang dengan baik.
"Saya fikir ia adalah satu kesilapan besar kerana ia telah dirancang untuk jangka masa panjang, sudah lama," katanya.
Mengenai tuduhan kerugian, Jokowi berkata pada masa ini beberapa projek infrastruktur tidak digunakan secara meluas. Katanya, rakyat Indonesia masih mempunyai tabiat untuk bergerak menaiki kenderaan.
"Ia mengambil masa untuk menukar budaya dan gaya hidup mereka yang suka menaiki kereta untuk beralih kepada pengangkutan awam," katanya.
Jokowi berkata berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas budaya di negara lain, ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun untuk mengubah tabiat ini.
Debat Kedua Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019 bertemakan infrastruktur, energi (tenaga), pangan (sumber makanan), sumber daya alam dan lingkungan hidup (persekitaran).
Malik Ridhwan
Sun Feb 17 2019
Joko Widodo dalam Debat Capres Kedua Pilpres 2019 di Jakarta pada Ahad. -Foto Bernama
Kereta api bertembung trak bomba, tiada kematian dilaporkan
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian mengakibatkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian mengakibatkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.
KTMB perkenal tren MySawasdee Butterworth-Hatyai
Tren khas MySawasdee laluan Butterworth-Hatyai kini dalam percubaan. Nikmati perjalanan selesa tanpa tukar tren dengan tambang RM45. Tempoh percubaan hingga 5 Januari.
Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota
Kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya.
Polis sahkan terima laporan aktiviti curiga di tanah kubur
Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap buruk di negeri-negeri pantai timur
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan beberapa kawasan di tiga negeri sehingga Isnin.
Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.
UK seru siasatan bebas nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf kepada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev atas insiden tragis tersebut, tetapi tidak mengakui tanggungjawab Rusia secara langsung.
Nahas Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini - Wisma Putra
Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul.
Korea Utara tekad lancar strategi tegas terhadap AS
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mengadakan mesyuarat penting bagi menetapkan dasar parti pemerintah menjelang tahun baharu.
Mesyuarat tersebut, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Disember, memutuskan bahawa Korea Utara akan melaksanakan strategi paling tegas untuk menghadapi Amerika Syarikat demi melindungi keselamatan dan kepentingan nasional.
Mesyuarat tersebut, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Disember, memutuskan bahawa Korea Utara akan melaksanakan strategi paling tegas untuk menghadapi Amerika Syarikat demi melindungi keselamatan dan kepentingan nasional.
62 maut akibat pesawat Jeju Air terhempas
Sekurang-kurangnya 62 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.
Memetik laporan antarabangsa, kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.
Memetik laporan antarabangsa, kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.
Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden
Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau -sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan".
Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS
Jaime Harrison mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan.
Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh sokongan yang mencukupi bagi memenangi pencalonan presiden Demokrat.
Iran luluskan enam calon untuk Pilihan Raya Presiden 28 Jun
Ibu Pejabat Pilihan Raya Iran telah mengumumkan senarai akhir calon presiden yang diluluskan oleh Majlis Penjaga.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pilihan Raya AS: Biden peroleh cukup perwakilan untuk jadi calon presiden Demokrat
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memperoleh cukup perwakilan untuk muncul sebagai calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.
Presiden Joko Widodo anugerah Prabowo Subianto pangkat jeneral empat bintang
Menteri Pertahanan Indonesia dan calon presiden Prabowo Subianto dianugerahkan pangkat jeneral kehormat empat bintang oleh Presiden Joko Widodo pada Rabu.
Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi?
Antara yang dipersoal adalah tentang sama ada anggaran untuk menyediakan peruntukan bagi menunaikan janji-janji setiap calon itu mencukupi.
Pilihan Raya Indonesia: Anies, Muhaimim sebagai calon presiden, timbalan presiden
Pilihan raya presiden Indonesia semakin rancak apabila Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar masing-masing diisytihar calon presiden dan naib presiden bagi penggal 2024-2029.
Megawati namakan Ganjar Pranowo calon Presiden daripada PDI-P
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan Ganjar Pranowo sebagai calon presiden pada pilihan raya tahun depan.