Joko Widodo atau lebih mesra dikenali dengan nama timangannya, Jokowi dilahirkan di Solo, Jawa Tengah, Indonesia pada 21 Jun, 1961.
Beliau dibesarkan di sebuah pondok buluh di Pulau Jawa sebagai rakyat biasa, sehingga menjadi ahli politik yang disukai ramai.
Kini, Jokowi bakal menjadi Presiden Indonesia yang ketujuh. Dengan penampilan cukup sederhana Jokowi disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.
Anak kepada pasangan Noto Mihardjo dan Sujiatmi Notomiharjo itu, mendapat ijazah pertama dari Fakulti Kehutanan Universiti Gadjah Mada, dan seterusnya menjadi pengusaha perabut.
Karier politiknya bermula pada tahun 2005 apabila beliau dilantik sebagai Datuk Bandar Solo yang ke-16.
Semasa menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Solo, Jokowi amat terkenal dengan sifat mesra rakyat membuatkan ramai yang menyenangi kepimpinannya.
Antara kejayaan beliau termasuk mempromosikan Solo sebagai pusat kebudayaan Jawa dan pelancongan, perniagaan dan program insurans untuk rakyat.
Ketika mentadbir, Jokowi mengangkat prinsip ketelusan dan integriti dengan melarang ahli keluarganya daripada membida untuk apa sahaja projek pembangunan bandar.
Pada tahun 2012 pula, Jokowi dilantik pula sebagai gabenor Jakarta yang ke-15.
Beliau konsisten dengan pendekatan mesra rakyat termasuk lawatan mengejut untuk mendengar masalah dan isu setempat.
Gadingan Jokowi dengan timbalannya, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, dikatakan gadingan yang amat serasi.
Menurut laman bisnis.com, Jokowi mengaku bahawa beliau tidak pernah bermimpi menjadi seorang pemimpin, apatah lagi menjadi seorang presiden.
Kata Jokowi, ini kerana suatu ketika dahulu beliau pernah hidup susah. Namun kata beliau, seseorang yang miskin tidak bermakna dia boleh mempunyai mimpi atau cita-cita.
Namun, disebabkan hidupnya yang susah itulah yang mendorong dirinya untuk membantu meningkatkan pertumbuhan kawasan yang dipimpinnya.
Malah di Jakarta, Jokowi meneruskan polisi termasuk program kesihatan menyeluruh, program pendidikan untuk anak-anak miskin serta penambahbaikan pengangkutan awam.
Selain daripada itu, beliau turut menekankan kepada ketelusan sistem pengurusan kewangan wilayah dan program tebatan banjir.
Kepimpinannya mendapat perhatian Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dan Megawati Sukarnoputri memberikan mandat menyokong pelantikan Jokowi sebagai calon presiden Indonesia.
Jokowi, bersama calon naib presiden Jusuf Kala diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihanraya Presiden Indonesia (Pilpres 2014) pada 22 Julai dengan kemenangan 53 peratus undi popular menentang calon presiden Prabowo Subianto dari Parti Gerindra.
Sepanjang karier politiknya, Jokowi menerima beberapa anugerah termasuk Datuk Bandar ketiga terbaik dunia atas usaha transformasi Solo sebagai pusat budaya serta pelancongan.
Selain itu, beliau turut tersenarai antara 50 pemimpin utama dunia oleh majalah Fortune pada 2014.
Astro Awani
Sun Oct 19 2014
![Jokowi: Dulu hidup susah, kini Presiden Indonesia Jokowi: Dulu hidup susah, kini Presiden Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41413729197_295x200.jpg)
Dengan penampilan cukup sederhana Jokowi disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PBB seru tindakan terhadap kadar kematian ibu bersalin yang tinggi di Indonesia PBB seru tindakan terhadap kadar kematian ibu bersalin yang tinggi di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723595724_SandeepNanwani.jpg)
PBB seru tindakan terhadap kadar kematian ibu bersalin yang tinggi di Indonesia
Angka itu jauh lebih tinggi berbanding Singapura dengan tujuh kematian, Thailand 29 kematian dan Vietnam 46 bagi setiap 100,000 kelahiran.
![Indonesia adakan mesyuarat Kabinet pertama di ibu negara baharu Nusantara Indonesia adakan mesyuarat Kabinet pertama di ibu negara baharu Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723452979_IbuKotaNusantara.jpg)
Indonesia adakan mesyuarat Kabinet pertama di ibu negara baharu Nusantara
Kerajaan Indonesia mengadakan mesyuarat Kabinet pleno pertamanya di Nusantara, ibu negara baharu yang terletak di wilayah Kalimantan Timur pada Isnin, lapor Xinhua.
![Olimpik Paris: Veddriq Leonardo raih emas pertama Indonesia Olimpik Paris: Veddriq Leonardo raih emas pertama Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723163763_VeddriqLeonardo.jpg)
Olimpik Paris: Veddriq Leonardo raih emas pertama Indonesia
Walaupun bermula perlahan, Veddriq, bekas pemegang rekod dunia, berjaya menewaskan atlet China, Wu Peng dengan catatan masa 4.75 saat.
![Indonesia haramkan enjin carian DuckDuckGo Indonesia haramkan enjin carian DuckDuckGo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722742719_tbDuckDuckGoPrivac.jpg)
Indonesia haramkan enjin carian DuckDuckGo
DuckDuckGo diharamkan disebabkan oleh sejumlah aduan yang diterima pihak kementerian berkenaan dengan hasil carian yang diperlihatkan olehnya.
![Indonesia naikkan had usia minimum pembelian rokok kepada 21 tahun Indonesia naikkan had usia minimum pembelian rokok kepada 21 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722424838_TBrokok.jpg)
Indonesia naikkan had usia minimum pembelian rokok kepada 21 tahun
Indonesia menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok daripada 18 kepada 21 pada Rabu.
![Menteri yakin Indonesia muncul sebagai kuasa ekonomi masa depan Menteri yakin Indonesia muncul sebagai kuasa ekonomi masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722002597_TBTitoKarnavian.jpg)
Menteri yakin Indonesia muncul sebagai kuasa ekonomi masa depan
Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian melahirkan keyakinan mengenai keupayaan Indonesia untuk muncul sebagai satu daripada kuasa ekonomi terkemuka dunia.
![Presiden Indonesia akan mula bekerja dari Nusantara mulai 28 Julai Presiden Indonesia akan mula bekerja dari Nusantara mulai 28 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679834610_TBJOJOKIW.jpg)
Presiden Indonesia akan mula bekerja dari Nusantara mulai 28 Julai
Bekalan air minuman akan siap untuk digunakan dalam beberapa hari akan datang di ibu kota baharu itu.
![Bukti manusia awal di Indonesia tambah pemahaman tentang migrasi kuno - Kajian Bukti manusia awal di Indonesia tambah pemahaman tentang migrasi kuno - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721461834_tbPulauTanimbar.jpg)
Bukti manusia awal di Indonesia tambah pemahaman tentang migrasi kuno - Kajian
Penyelidik telah menemukan tanda-tanda pendudukan manusia di Indonesia lebih 40,000 tahun lepas yang mereka katakan menawarkan petunjuk baharu tentang migrasi awal melalui rantau ini, lapor Xinhua.
![Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720433438_Boeing.jpg)
Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX
Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi penipuan jenayah serta membayar denda AS$243.6 juta bagi menyelesaikan siasatan berhubung kes kemalangan maut dua pesawat 737 MAX.
![Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720088293_HasyimAsyari.jpg)
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.