BERLIN: Jerman menyeru tindakan segera pihak berkepentingan untuk meredakan ketegangan yang berlaku di Asia Barat, khususnya di antara Israel dan Lubnan.

Kementerian Luar Negeri Jerman dalam satu hantaran di X pada Sabtu memaklumkan, Menteri Luar negara itu, Annalena Baerbock, telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Israel dan Lubnan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan usaha tersebut.

Tambahnya, merujuk kepada ancaman perang Israel di Gaza yang berpotensi merebak ke Lubnan, seperti yang berlaku sebelum ini, rantau tersebut kini berada dalam keadaan genting.

Justeru, langkah konkrit di Asia Barat amat diperlukan bagi mengurangkan ketegangan dan mengelakkan lebih banyak korban dalam kalangan orang awam.

Baeborck sebelum ini menzahirkan kegusarannya mengenai peningkatan keganasan di sempadan Israel-Lubnan serta risiko konflik serantau yang semakin meningkat.

Beliau turut memberi amaran sebagai rakan kepada Israel, rjeim itu boleh hilang kawalan dalam perang menentang Hamas selain kemarahan yang meningkat terhadap nasib orang awam di Gaza yang boleh menjejaskan keselamatan Israel.