Kualiti udara di Singapura sekali lagi mencecah tahap 'tidak sihat' di seluruh negara pulau ini tengah hari ini menjelang perlumbaan akhir Grand Prix Formula 1 Singapura yang akan membuka tirai malam ini.
Dalam maklumat yang dikemas kini pada 2 petang, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam yang dicatatkan adalah sekitar 101 dan 116, dengan bacaan tertinggi direkodkan di bahagian selatan republik ini.
Dibahagikan kepada lima zon, bacaan PSI mula berada pada lingkungan 'tidak sihat' di seluruh republik ini pada 18 Sept sebelum beralih kepada 'sederhana' sejak beberapa hari lepas.
Dengan bacaan 101 hingga 200, PSI 24 jam itu adalah dalam lingkungan 'tidak sihat'.
Pada 21 Sept, NEA meramalkan bahawa pada hari ini, tiupan angin lazim adalah dari timur atau tenggara, dan Singapura mungkin mengalami keadaan jerebu yang semakin buruk disebabkan tiupan angin boleh membawa asap jerebu dari wilayah sekelilingnya ke Singapura.
"Ramalan PSI 24 jam adalah antara lingkungan 'sederhana' dan bacaan rendah 'tidak sihat', bergantung kepada keadaan angin, yang mungkin memasuki bahagian pertengahan lingkungan 'tidak sihat' jika jerebu lebih tebal dari kawasan sekeliling dibawa ke sini," menurut kenyataan itu.
Bagi tempoh beberapa hari akan datang, NEA berkata cuaca di rantau ini secara keseluruhannya dijangka terus kering.
Menurut agensi itu, aktiviti titik panas dan keadaan berjerebu dijangka berlaku di bahagian tengah dan selatan Sumatera serta di Kalimantan.
"Angin yang lazim di rantau ini dijangka bertiup dari timur, dan ini mungkin menjadikan keadaan bertambah baik kepada cuaca berjerebu di Singapura," katanya.
NEA menegaskan ia memantau rapi keadaan dan akan memberi maklumat terkini jika perlu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019

Dibahagikan kepada lima zon, bacaan PSI mula berada pada lingkungan 'tidak sihat' di seluruh republik Singapura pada 18 Sept sebelum beralih kepada 'sederhana' sejak beberapa hari lepas. - Reuters

IKEA rancang buka kedai fizikal di Sarawak
IKEA dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.
Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
[TERKINI] Ismail Sabri selesai beri keterangan hari kelima di ibu pejabat SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan hari kelima di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.

Parlimen Indonesia lulus pindaan undang-undang tentera di tengah protes
Parlimen Indonesia meluluskan pindaan kontroversi terhadap Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI) meskipun berdepan bantahan daripada kumpulan mahasiswa dan organisasi masyarakat sivil.
Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas, situasi dijangka memburuk
Sebanyak 20 buah sekolah di Johor terjejas susulan bencana banjir yang melanda negeri itu melibatkan lima daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

Beberapa jalan terputus hubungan akibat banjir di Sabah - JKR
Beberapa jalan di daerah Beluran, Kudat, Pitas dan Kota Marudu terputus hubungan hari ini akibat bencana banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan malam tadi.
[TERKINI] Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun.

“Cuti, cuti” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 2.51 petang selepas memberi keterangan sekitar 5 jam pada Khamis.

Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah RM47,600
Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.

Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.

Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.