Unit Makmal Tanah Gambut Tropika yang berpangkalan di Sarawak, Malaysia bersedia membantu Indonesia mengatasi masalah kebakaran hutan tanah gambut dengan pemindahan teknologi pengelolaan tanah gambut kepada kerajaan negara itu.
Pengarahnya Dr Lulie Melling berkata, kerjasama untuk menghulurkan bantuan itu sekaligus dapat mengatasi masalah pencemaran akibat jerebu yang sememangnya menjejaskan sosio-ekonomi dan kesihatan rakyat Malaysia.
Katanya, pemindahan teknologi pengelolaan yang dimaksudkan ialah kaedah pemampatan tanah gambut supaya ia sentiasa mampat dan lembab.
"Terdapat kaedah yang paling sesuai untuk mengatasi masalah kebakaran hutan gambut iaitu memampatkan tanah dan sekaligus ia akan melembabkan gambut bagi mengelak berlakunya kebakaran," kata beliau kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, Makmal Tanah Gambut Tropika baru-baru ini telah menerima kunjungan oleh wartawan dan para pengusaha kelapa sawit dari negara jiran itu bagi mempelajari dan melihat kaedah berkenaan yang dilaksanakan di Sarawak.
Lulie berkata Indonesia sememangnya berminat untuk mempelajari kaedah pengelolaan tanah gambut di Sarawak kerana negeri itu tidak mempunyai masalah kebakaran hutan gambut walaupun hanya bersebelahan dengan Kalimantan.
Kalimantan adalah antara wilayah di Indonesia yang paling serius menghadapi masalah kebakaran hutan gambut sehingga Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa buah kawasan dilaporkan melebihi 2,000.
Katanya, kerajaan Indonesia haruslah melakukan sesuatu secara efektif jika negara itu mahu memastikan tiada lagi isu jerebu.
"Kalimantan adalah antara wilayah di Indonesia yang menghadapi masalah kebakaran hutan gambut yang serius tetapi kebakaran itu tidak berlaku di Sarawak dan sebenarnya kaedah untuk mengatasi kebakaran ialah dengan pengelolaan tanah," katanya.
Beliau berkata, sememangnya terdapat pihak tertentu yang mencadangkan untuk mengatasi masalah itu seperti kaedah memadam api jika berlaku kebakaran tetapi ia tidak menyelesaikan masalah kerana langkah yang perlu diberi perhatian ialah kaedah mencegahnya.
"Ini kerana tanah gambut sememangnya berongga dan ia menyebabkan gambut menjadi kering dan mudah terbakar dan disebabkan itu, proses pemampatan adalah kaedah yang paling sesuai sebagai langkah pencegahan," katanya lagi.
Lulie berkata, teknologi pemampatan tanah itu dapat dilakukan dengan membina sistem perparitan dan memantau paras air serta menggunakan jentera penggali untuk memendapkan tanah.
Katanya, tanah gambut yang mampat dan lembab bukan sahaja menjadi subur malah ia akan memberi hasil sawit yang lebih untuk jangka panjang.
"Kaedah pemampatan tanah ini juga masih boleh dilaksanakan di kawasan ladang yang telah mempunyai tanaman dan kita mempunyai cara untuk melakukannya," katanya.
Beliau berkata, Indonesia mempunyai lebih 4 juta tanah gambut yang terbiar dan ia akan menyumbang kepada kebakaran hutan jika tidak dikelola dengan baik mulai sekarang.
"Kebakaran hutan tetap akan berlaku jika tidak ada pengelolaan tanah gambut kerana permukaan tanah itu akan menjadi kering apabila musim kemarau," kata beliau.
Katanya, kaedah pencegahan kebakaran adalah lebih berkesan daripada kaedah mengatasi kebakaran terutamanya bagi kawasan tanah gambut yang terbiar.
Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Presiden Jokowi bagi menawarkan bantuan mengatasi masalah kebakaran tanah gambut ekoran kebakaran hutan di negara itu telah menyebabkan Malaysia dilanda jerebu yang serius.
Beberapa buah negeri di Semenanjung dilaporkan mengalami paras IPU yang sangat tidak sihat selama beberapa bulan sehingga kerajaan terpaksa menutup sementara sekolah di negeri-negeri yang terjejas dengan jerebu.
Jokowi dilaporkan bersetuju dengan pelawaan Najib dan mengarahkan pihak berkuasa di negara itu untuk mempelajari kaedah mengatasi kebakaran hutan gambut itu yang dilaksanakan di Sarawak.
Presiden itu juga baru-baru ini mahu semua pihak memberi jaminan bahawa masalah jerebu yang serius tidak akan berlaku lagi pada tahun ini.
Kerajaan negara itu turut menjanjikan satu tindakan yang serius terhadap mereka yang melakukan kebakaran dengan sengaja bagi tujuan meneroka tanah untuk perladangan.
Bernama
Sun May 22 2016

Pemindahan teknologi pengelolaan yang dimaksudkan ialah kaedah pemampatan tanah gambut supaya ia sentiasa mampat dan lembab. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.

Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Jokowi telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan Timur pada Jan 2025, kata Menteri Sistem Negara dan Reformasi Birokrasi.

Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).

Jokowi kenang tempoh jadi presiden selama sedekad dalam ucapan terakhir negara
Dalam ucapan terakhir Presiden Joko Widodo pada Jumaat, menandakan ulang tahun ke-79 kemerdekaan Indonesia, beliau mengenang kembali tempoh kepimpinannya selama sedekad.

Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah
Presiden Jokowi bertekad memastikan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, menjadi sebuah bandar yang selamat dan bebas jenayah.

Muzik dimatikan, Anang kena 'ejek' satu stadium kacau kemenangan Indonesia
Penyanyi Anang dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia semasa perlawanan ke atas Filipina.

Pemilu 2024: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Prabowo
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.

Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.

Pemilu 2024: Tunggu keputusan akhir KPU - Jokowi
Jokowi menggesa rakyat untuk menunggu keputusan akhir Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.

Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.