TOKYO: Kerajaan Jepun merancang mengurangkan tempoh kuarantin kepada tiga hari berbanding 10 hari sebelum ini untuk pengembara yang sudah disuntik vaksin COVID-19, terutamanya pengembara perniagaan, lapor media tempatan Selasa.
Di bawah peraturan baharu itu, ahli perniagaan yang tiba di Jepun diminta menjalani kuarantin kendiri selama tiga hari.
Mulai hari keempat, jika ujian saringan COVID-19 negatif mereka akan dibenarkan menggunakan pengangkutan awam dan makan di luar manakala syarikat yang menjalankan perniagaan dengan mereka perlu menyimpan rekod keberadaan mereka.
Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa seawal 8 Nov, lapor Xinhua.
Kerajaan sebelum ini mewajibkan ketibaan antarabangsa untuk kuarantin kendiri selama 14 hari untuk membantu mencegah penularan COVID-19. Pada Oktober, tempoh kuarantin dikurangkan kepada 10 hari bagi mereka yang telah selesai inokulasi.
Sementara itu, pegawai bercadang untuk membenarkan kemasukan baharu penuntut asing ke negara ini, yang pada dasarnya telah dihentikan sebelum ini, untuk memulakan atau meneruskan pengajian di Jepun, dengan sekolah perlu mengawasi mereka.
Kerajaan turut merancang meningkatkan jumlah maksimum ketibaan luar negara daripada 3,500 sehari kepada 5,000, yang akan berkuat kuasa akhir bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
Di bawah peraturan baharu itu, ahli perniagaan yang tiba di Jepun diminta menjalani kuarantin kendiri selama tiga hari. - Foto BERNAMA
Paderi mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang paderi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah gereja.
Pemandu lori didakwa tolak teman wanita dari tingkat 23 layak dibicarakan
Pemandu lori yang didakwa membunuh kekasihnya dengan menolak wanita warga Thailand itu dari tingkat 23 sebuah kondomium pada Februari lepas, layak dibicarakan.
MYAirline diarah bayar RM17 juta caj tertunggak kepada pengendali lapangan terbang
MYAirline sebelum ini memfailkan untuk membatalkan saman itu, dengan alasan bahawa plaintif sepatutnya menggunakan mekanisme penyelesaian pertikaian yang diperuntukkan di bawah Seksyen 74 hingga 78 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, sebelum saman sivil difailkan terhadap mereka.
GROWMatch: Platform padanan bantu sektor pertanian, digital
Menurut Gobind, kekurangan akses kepada pembiayaan merupakan masalah besar bagi PMKS dan ia berpotensi memberi kesan kepada rantaian bekalan dan keterjaminan makanan negara.
Rasionalisasi diesel beri kesan minimum terhadap inflasi - BNM
Kesan daripada rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan baru-baru ini kekal terkawal susulan langkah-langkah mitigasi kerajaan.
KDNK ST2 2024: Ekonomi mengukuh, cabaran kekalkan momentum
Menurut Prof Irwan Shah Zainal Abidin, suku ketiga dan keempat mungkin lebih mencabar dengan kebimbangan mengenai situasi ekonomi global, termasuk jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) akan menurunkan kadar faedah, risiko kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS), dan pilihan raya presiden AS.
Paetongtarn Shinawatra rancang tingkatkan kualiti hidup rakyat Thailand
Paetongtarn menzahirkan kegembiraannya hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyat yang mengundi beliau.
Prestasi ekonomi: KDNK ST2 2024 tumbuh kukuh 5.9%
Pengembangan ekonomi pada suku ini didorong terutamanya oleh peningkatan ketara dalam perbelanjaan isi rumah dan pasaran buruh yang kukuh.
Barang milik Muhammad Nidza Afham tidak hilang, henti sebar spekulasi - KP Selangor
Polis menafikan berlaku kehilangan dokumen atau barang milik Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar seperti yang ditularkan.
AWANI Ringkas: PM seru penjawat awam jadi benteng negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun terus komited labur dalam tenaga hijau Malaysia, fokus pada hidrogen - Fadillah
Katanya, Jepun melabur di Sarawak dalam industri yang sama dan akan terus memberikan komitmen untuk menyokong Malaysia dari segi pelaburan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Taufan Maria badai wilayah timur laut Jepun
Taufan kelima tahun ini, ribut tropika yang teruk, mendarat sekitar 8.30 pagi waktu tempatan.
Ancaman gempa mega Nankai Trough cetus panik di Jepun
PIHAK berkuasa Jepun pada Sabtu menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik dan tidak menyorokkan bekalan barangan keperluan dengan tujuan mahu memanipulasi harga.
Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun
Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter direkodkan di selatan Laut Okhotsk, berhampiran pantai Hokkaido, Jepun pada Sabtu.
Jepun keluar amaran gempa bumi mega
JMA mengeluarkan nasihat gempa mega pertamanya, meliputi 707 majlis perbandaran dari Okinawa ke wilayah Ibaraki, selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah Miyazaki pada Khamis.
Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan oleh gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pada Khamis.
Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 pada Khamis menggegarkan wilayah Miyazaki di Jepun, menurut agensi cuaca.
Jepun catat rekod belanja 5.92 trilion yen sehari untuk tingkatkan yen pada April
Jepun membelanjakan 5.92 trilion yen (AS$41 bilion) pada 29 April untuk memperkukuh mata wangnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah, jatuh 12 peratus
Indeks saham Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah pada Isnin, menjunam lebih 4,400 mata dan jatuh lebih 12 peratus.