JR West pada Ahad menyatakan bahawa hujan di beberapa bahagian mencapai tahap maksimum untuk operasi selamat antara Shin-Osaka dan Hakata di barat Jepun pada pagi hari sebelumnya, namun perkhidmatan disambung semula selepas pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan.
Pada Sabtu, hujan lebat menjejaskan semua perkhidmatan shinkansen antara Hakata dan Tokyo, dengan agensi cuaca menggesa orang ramai berwaspada susulan hujan dijangka berterusan sepanjang cuti hujung minggu tiga hari itu.
Agensi Meteorologi Jepun berkata cuaca dijangka bertambah baik pada Ahad, namun masih memberi amaran risiko limpahan sungai dan tanah runtuh.
-- BERNAMA