Jasad pelakon popular Singapura, Aloysius Pang yang meninggal dunia ketika menjalani latihan ketenteraan di New Zealand telah dibawa pulang ke Singapura menerusi penerbangan khas.
Menurut laporan Channel News Asia, jasad Pang dibawa meninggalkan Hospital Waikato untuk dibawa ke pusat perkhidmatan pengebumian pada petang Khamis selepas pihak berkuasa bersetuju untuk tidak meneruskan proses bedah siasat atas permintaan keluarga.
Pang, 28, meninggal dunia pada Khamis selepas empat hari bertarung nyawa apabila mengalami kecederaan parah ketika menjalani latihan ketenteraan Angkatan Tentera Singapura (SAF).
Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu majlis sidang media mengatakan Pang mengalami cedera parah akibat dihimpit laras meriam semasa melakukan kerja-kerja pembaikan meriam Howitzer Gerak-Sendiri Singpura (SSPH).
BACA: Pelakon popular Singapura maut selepas cedera semasa latihan khidmat negara
BACA: Mayat Aloysius Pang dibawa pulang selepas bedah siasat
Menurut Panglima Tentera Darat Singapura, Mejar Jeneral Goh Si Hou, ketika kejadian Pang bersama seorang lagi juruteknik dan seorang komander sedang berada dalam kabin SSPH ketika kerja penyelenggaran meriam perisai itu.
Jasad Pang dibawa pulang dengan penerbangan khas Tentera Udara Singapura KC-135 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland menjelang tengahari waktu tempatan.
Channel News Asia turut memetik pengurus Pang, Dasmond Koh sebagai berkata terdapat perancangan untuk mengadakan sesi memperingati Pang buat peminatnya.
Agensi
Fri Jan 25 2019
Pang, 28, meninggal dunia pada Khamis selepas empat hari bertarung nyawa apabila mengalami kecederaan parah ketika menjalani latihan ketenteraan Angkatan Tentera Singapura (SAF)
Fattah ada bukti transaksi bank, bayar nafkah
Pelakon Fattah Amin terkejut dan kesal apabila bekas isterinya, Nur Fazura mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan tidak memberi nafkah.
Curang, tak bayar nafkah punca cerai dengan Fattah - Fazura
Aktres Nur Fazura mendakwa isu curang dan culas bayar nafkah sebagai punca perceraiannya dengan bekas suami yang juga pelakon, Fattah Amin.
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir atau hujan lebat di tujuh negeri hingga 6 petang ini.
Usaha kerjasama dengan GLIC pacu pelaburan domestik lebih besar - Khazanah
Entiti milik kerajaan, yang "lazimnya dikecam" kerana lebih "mendapat keutamaan", sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk "menarik penglibatan" pemain swasta dan pihak berkepentingan.
Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.
Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.
Belanjawan 2025: Dasar fiskal dijangka terus mengembang untuk sokong kos sara hidup
Belanjawan 2025 dijangka meneruskan dasar fiskal yang mengembang dengan pelaksanaan pemindahan tunai (cash transfer) untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, turut menjangkakan langkah-langkah untuk merangsang pertumbuhan sektor strategik seperti elektronik dan tenaga boleh diperbaharui akan diperkenalkan, memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih produktif.
Ketegangan Israel-Iran tingkatkan risiko peperangan lebih luas - Pakar
7 Okt, menandakan setahun serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza dan menyebabkan lebih 41,000 kematian rakyat Palestin.
Isu Myanmar, Laut China Selatan dijangka latari Sidang Kemuncak ASEAN
Bertemakan ASEAN: Enhancing Connectivity and Resilience, pastinya isu-isu yang melatari blok ini akan menjadi fokus utama kesemua pemimpin.
Sebutan semula kes bunuh Farah Kartini pada 10 Disember ini
Sebutan semula kes pada 10 Disember dibuat selepas pihak pendakwaan masih lagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat yang belum lengkap.
Jasad Pang dibawa pulang ke Singapura dari New Zealand
Jasad pelakon popular Singapura, Aloysius Pang yang meninggal dunia ketika menjalani latihan ketenteraan di New Zealand telah dibawa pulang ke Singapura dengan satu penerbangan khas.
Mayat Aloysius Pang dibawa pulang selepas bedah siasat
Mayat pelatih Angkatan Tentera Singapura (SAF), Aloysius Pang akan dibawa pulang ke Singapura selepas selesai urusan bedah siasat.
Pelakon popular Singapura maut selepas cedera semasa latihan khidmat negara
Satu inkuiri akan ditubuhkan bagi menyiasat insiden yang menyebabkan kematian Pang yang dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian dada dan perutnya.