PASANGAN diraja Britain Meghan Markle dan suaminya Putera Harry menganggap ada kalangan media sebagai penyebar berita palsu yang sanggup bertindak melampau bertujuan timbulkan sensasi.
Harry menyifat laporan negatif media memapar cerita tentang isterinya Meghan tak ubah nasib yang menimpa mendiang ibunya sewaktu diburu paparazzi, hingga saat kematiannya terlibat nahas kereta di Paris lebih 20 tahun lalu.
Pada waktu itu Harry baru berumur 12 tahun tetapi kehilangan ibunya meninggalkan kesan yang mendalam mencorak tanggapannya terhadap media dan paparazzi.
Sehingga hari ini, Harry menyifatkan sebahagian paparazzi bertanggung jawab mengekor dan mengejar ibunya hingga kereta Mercedes yang dikongsi dengan Dodi, anak sulung Mohamed Al Fayed – pada masa itu pemilik gedung Harrods di London – hilang kawalan dan melanggar tembok di terowong Pont de L’Alma di Paris.
Peranan paparazzi turut ditimbulkan polis tetapi tidak dituduh sebagai bertanggung jawab menyebabkan kemalangan. Di kalangan pendapat umum pula, tidak kurang yang mempersoal peranan mereka yang sibuk mengambil gambar dan bukan menghulur bantuan.
Dodi dan pemandu kereta Henri Paul meninggal di tempat kejadian manakala Puteri Diana – yang sudah bercerai dengan bapa Harry, Putera Charles pada masa itu – menghembuskan nafas terakhir di hospital pada 31 Ogos. Hanya pengawal peribadi Trevor Rees-Jones terselamat.
Mengikut Harry lagi, setiap kali lampu kamera berkelip apabila bersama isterinya Meghan, pasti mengembalikan ingatannya kepada kemalangan yang dialami mendiang ibunya.
Rintihan dan luahan Harry dan Megan dipapar melalui siaran dokumentari bertajuk Harry & Meghan: An African Journey yang menjadi antara tontonan paling popular ITV pada Ahad di United Kingdom.
Juga bergelar Duke and Duchess of Sussex, mereka ditemu bual oleh wartawan ITV Tom Bradby sewaktu Meghan dan Harry melawat Afrika Selatan pada September.
Meghan dan Harry menjadi bahan liputan meluas media dunia, lebih-lebih lagi setelah berkahwin di Windsor Castle pada Mei 2018 diikuti dengan kelahiran anak sulung mereka Archie awal tahun ini.
Isu perkauman turut timbul kerana Meghan warga Amerika kalangan rakyat biasa berdarah `kulit hitam’ – ibunya Doria Ragland berkulit hitam sementara bapanya Thomas Markle berkulit putih.
Semasa ditemu bual, Meghan mengaku diberi nasihat oleh rakan rakanya dari England agar tidak menerima lamaran Putera Harry bagi mengelakkan masalah melibatkan kahwin campur.
Meghan dan Harry menyaman The Mail on Sunday atas dakwaan akhbar tabloid itu mendedahkan surat peribadi kepada ayahnya.
Harry pula mengambil tindakan menyaman pemilik the Sun dan Daily Mirror atas dakwaan mengintip perbualan telefon.
The Mail On Sunday didakwa menyiar surat itu dengan memilih kandungan tertentu bagi tujuan memberi gambaran palsu tujuan sebenar Meghan sewaktu menulis.
Surat yang ditulis Meghan menyentuh perasaannya tentang bapanya dan perhubungan mereka yang agak berjauhan.
Akhbar itu juga didakwa gagal memberi amaran akan menyiarkannya pada waktu Meghan sedang menghadapi tekanan akibat mengandung anak sulung.
The Mail on Sunday menghadapi tindakan menyalahguna maklumat peribadi, hak cipta dan melanggar akta perlindungan maklumat.
Razak Chik
Mon Oct 21 2019
Meghan dan Harry menjadi bahan liputan meluas media dunia, lebih lebih lagi setelah berkahwin di Windsor Castle pada Mei 2018 diikuti dengan kelahiran anak sulung mereka Archie awal tahun ini. - Gambar fail/REUTERS
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Jangan kahwin kerabat selagi darah luka masih meleleh
Meghan Markle diberi amaran jangan berkahwin dengan Putera Harry yang mengaku memori kematian ibunya dalam nahas di Paris lebih 20 tahun lalu tak ubah seperti luka berdarah yang masih meleleh.
Lagi foto menunjukkan Yingluck di London
Polis akan mendapatkan lebih banyak maklumat menerusi kerjasamanya dengan Interpol untuk menentukan sama ada Yingluck berada di London.
Harrods jual beg tangan berjenama bawah RM30? Biar betul
Apakah perasaan anda sekiranya anda berpeluang membeli sebuah beg berharga ribuan ringgit dengan harga kurang dari RM30.00?
Qatar Holding buka hotel Harrods di Malaysia
Kehadiran Qatar Holding LLC, antara pelabur terbesar dunia, di Malaysia melalui pelaburan dalam projek Hotel Harrods Kuala Lumpur, membuktikan negara kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan di Asia.