NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi amaran supaya tiada ucapan kebencian dihantar secara dalam talian pada Hari Antarabangsa Untuk Memerangi Islamofobia yang jatuh pada 15 Mac ini.
"Ucapan kebencian dalam talian menjadi bahan api kepada keganasan dalam kehidupan sebenar," katanya seperti dilaporkan Agensi Berita Emiriah (WAM).
"Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia berlaku pada masa kami menyaksikan peningkatan arus anti-Islam dan sikap tidak bertoleransi dalam banyak tempat di dunia," katanya lagi.
Beliau berkata diskriminasi yang sudah menjadi kebiasaan dan lain-lain halangan adalah melanggar hak asasi manusia dan menjatuhkan martabat umat Islam serta retorik yang memecahbelahkan dan gambaran yang salah membawa stigma kepada masyarakat.
Kemunculan trend yang mengganggu ini merupakan sebahagian daripada corak serangan lebih lebar terhadap kumpulan agama dan golongan rentan termasuk Yahudi, komuniti minoriti Kristian dan lain-lain, kata Gutteres.
"Kita mesti berhadapan dan mencabut keluar akar sikap tidak bertoleransi ini dalam segala bentuk. Pemimpin mesti mengecam ucapan yang membangkitkan kemarahan dan keganasan serta melindungi kebebasan beragama.
Platform digital mesti menyederhanakan kandungan mengandungi kebencian dan melindungi pengguna daripada gangguan dan setiap orang perlu bersatu untuk memerangi sikap tidak bertoleransi, stereotaip dan berat sebelah," katanya.
Setiausaha Agung PBB itu mengajak masyarakat dunia supaya saling hormat menghormati dan memahami, memupuk kepaduan sosial dan membina sebuah masyarakat yang aman, adil dan terangkum untuk semua.
Pada 2022 Perhimpunan Agung PBB menerima pakai sebuah resolusi ditaja oleh 60 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa Untuk Memerangi Islamofobia.
Dokumen itu menekankan keganasan dan fahaman keganasan melampau tidak boleh dan tidak harus dikaitkan dengan sebarang agama, kerakyatan, peradaban atau kumpulan etnik.
Ia menggesa untuk dialog sejagat bagi menggalakkan sebuah kebudayaan yang bertoleransi dan aman berdasarkan penghormatan kepada hak asasi manusia dan kepelbagaian agama serta kepercayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Guterres mengajak masyarakat dunia supaya saling hormat menghormati dan memahami, memupuk kepaduan sosial dan membina sebuah masyarakat yang aman, adil dan terangkum untuk semua. - Gambar fail
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab untuk redakan ketegangan di Timur Tengah - Diplomat
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah, kata Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
PBB sokong seruan Arab Saudi untuk gencatan senjata di Asia Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mencapai gencatan senjata di Palestin, Lubnan, dan semua kawasan konflik di Asia Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Masa kian suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim - Ketua PBB
Guterres memberi amaran kepada para pemimpin dunia bahawa masa semakin suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim.
Perdana Menteri bertindak berani, gesa negara Arab, Islam usir Israel dari PBB
Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).