JAMBATAN tali atau rope bridge dapat membantu menyelamatkan ungka Hainan, spesies mawas paling jarang ditemui di dunia.
Ungka Hainan, atau nama saintifiknya Nomascus hainanus, hanya ditemui di Hainan, China, merupakan spesies mawas paling terancam, dengan populasi yang tinggal hanya 30 ekor.
Berukuran kurang daripada dua kaki tinggi, ungka Hainan mempunyai badan yang kurus, dengan lengan dan kaki yang panjang. Ungka jantan dewasa mempunyai bulu hitam, manakala betina dewasa berwarna kuning keemasan.
Ungka Hainan bergerak dari pokok ke pokok. Hal ini membataskan sumber makanan dan pembiakan serta meningkatkan risiko mereka menjadi mangsa helang, dan pemburu haram.
Ia menjalani kehidupan arboreal (dari pokok ke pokok) dan penyelidik ada menyatakan bahawa haiwan itu tidak pernah dilihat berada di tanah. Itu sekali gus bermaksud ia memerlukan bantuan untuk bergerak.
Jambatan tali itu dibuat pada tahun 2015 menggunakan jenis tali yang sering digunakan pendaki ketika mendaki gunung.
Dalam tempoh beberapa tahun ini, lebih 200 visual ungka Hainan ini menggunakan jambatan tersebut berjaya dirakam penyelidik untuk tujuan kajian.
"Jambatan ini membolehkan mereka bergerak di antara dua kawasan habitat yang dipisahkan oleh jurang sepanjang 50 kaki (15 meter) yang terbentuk akibat tanah runtuh.
"Ini sekali gus membuktikan bahawa jambatan tali dapat membantu usaha pemuliharaan," kata Dr Bosco Chan, seorang pakar biologi Hong Kong.
Sebelum ini, pendekatan yang sama digunakan untuk menghubungkan kawasan hutan terpencil dan memperluas habitat kera yang terancam.
Projek ini diharap dapat membantu menyelamatkan haiwan lain juga yang berisiko menghadapi kepupusan akibat perubahan iklim, penebangan hutan dan pertanian intensif.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sun Oct 18 2020
Ungka Hainan hanya ditemui di Hainan, China, adalah spesies mawas paling terancam, dengan populasi yang ada ketika ini hanya 30 ekor. - Unsplash
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Jambatan tali bantu konservasi spesies mawas terancam
Ungka Hainan hanya ditemui di Hainan, China, adalah spesies mawas paling terancam, dengan populasi hanya 30 ekor.