Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa negara-negara Asia dan Afrika mendesak bagi pembaharuan dan membina orde baharu ekonomi global untuk menangani cabaran ketidakadilan dan ketidaksamarataan global.
Dalam ucapannya pada perasmian mesyuarat pemimpin bersempena Memperingati Ulang Tahun Ke-60 Persidangan Asia Afrika (AACC) di sini pada Rabu, presiden itu yang dikenali sebagai Jokowi, berkata dunia pada hari ini masih diselubungi ketidakadilan, ketidaksamarataan dan keganasan.
"Apabila negara-negara kaya, yang merangkumi hanya 20 peratus populasi dunia, menggunakan 70 peratus daripada sumber dunia, dengan itu ketidakadilan global adalah realiti.
"Apabila beratus-ratus penduduk di hemisfera utara menikmati kehidupan serba mewah manakala 1.2 bilion penduduk di hemisfera selatan bergelut meneruskan kehidupan dengan kurang daripada dua dollar sehari, dengan itu ketidakadilan global berada jelas di depan kita," katanya.
Beliau berkata apabila sekumpulan negara kaya berfikir yang mereka dapat mengubah dunia dengan menggunakan kuasa tentera, dengan itu ketidakadilan global akan membawa penderitaan, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dilihat seolah-olah tidak berdaya.
"Penggunaan tentera secara unilateral tanpa mendapat mandat daripada PBB, sebagaimana yang dapat kita saksikan, telah memperlekehkan kewujudan badan dunia ini," katanya dan menurutnya dengan itu negara-negara di Asia dan Afrika perlu mendesak bagi pembaharuan PBB untuk ia berfungsi lebih baik sebagai badan dunia yang memperjuangkan keadilan untuk semua.
Jokowi berkata ketidakadilan global dilihat terserlah apabila Semangat Bandung, yang mendesak bagi kemerdekaan semua negara di Asia dan Afrika masih ada satu 'hutang' yang telah tertunggak selama enam dekad.
"Kami dan dunia masih berhutang kepada rakyat Palestin," katanya.
Beliau berkata dunia seolah-olah tidak berdaya untuk membantu rakyat Palestin yang menderita, yang hidup dalam ketakutan dan ketidakadilan akibat bertahun-tahun dijajah.
"Kita tidak boleh membiarkan penderitaan rakyat Palestin. Kita perlu terus berjuang bersama-sama mereka, menyokong kelahiran Palestin yang bebas dan merdeka," katanya.
Mengenai ketidakadilan global, beliau berkata pandangan bahawa masalah ekonomi dunia hanya boleh diselesaikan oleh Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Pembangunan adalah pandangan yang sudah lapuk.
"Kami mendesak bagi pembaharuan terhadap rangka tindakan kewangan global, untuk menghapuskan dominasi satu kumpulan negara ke atas negara lain," katanya.
Jokowi menegaskan dunia memerlukan kepimpinan secara kolektif yang dilaksanakan secara adil dan bertanggungjawab.
"Indonesia yang muncul sebagai kuasa ekonomi baharu, dan sebagai negara demokrasi ketiga terbesar, bersedia untuk memainkan peranan sebagai kuasa positif bagi keamanan dan kemakmuran," katanya.
Beliau juga menggesa negara anggota untuk bekerjasama rapat ke arah kemakmuran dan perpaduan, kestabilan di dalam dan di luar negara serta menghormati hak asasi manusia.
Jokowi juga berkata Asia dan Afrika perlu bekerjasama rapat untuk mendepani cabaran keganasan, konflik, kegiatan radikal masyarakat, dan menghormati serta melindungi hak rakyat.
"Kita perlu isytiharkan perang terhadap dadah yang memusnahkan masa depan anak-anak kita," katanya.
Bernama
Thu Apr 23 2015
Dalam ucapannya Jokowi berkata dunia pada hari ini masih diselubungi ketidakadilan, ketidaksamarataan dan keganasan. - Foto AP
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Jakarta gesa pembaharuan PBB tangani cabaran ketidakadilan global
Presiden Indonesia menggesa negara-negara Asia dan Afrika mendesak bagi pembaharuan dan membina orde baharu ekonomi global untuk menangani cabaran ketidakadilan dan ketidaksamarataan global.