Penganjur hadiah Nobel Keamanan digesa menarik balik anugerah berkenaan daripada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana gagal menangani ketidakadilan ke atas penduduk etnik Rohingya.
Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata tokoh itu dilihat tidak berbuat apa-apa dan hanya berpeluk tubuh dalam isu keamanan sejagat.
"Menjadi tanggungjawab saya sebagai Exco Pemuda UMNO untuk mengambil ketetapan tegas dalam isu Rohingya yang dilihat kian menjadi-jadi di Myammar.
"Rakyat Malaysia bersolidariti dalam isu Rohingya, malah telah beberapa kali menyatakan ketetapan dalam isu ini agar kekejaman ini dihentikan atas nama keamanan sejagat.
"Malangnya kerajaan Myammar dilihat tidak mengambil tindakan dalam isu ini malah dilihat hanya menutup mata," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
BACA: Malaysia panggil Duta Myanmar, nyata pendirian isu Rohingya
BACA: Kenapa kamu beria nak pertahan etnik Rohingya?
Sebelum ini, kerajaan Malaysia meluahkan kebimbangan dan keprihatinan negara dengan apa yang berlaku ke atas penduduk Rohingya yang kini berdepan penindasan di wilayah berkenaan.
Melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan sikap kurang peduli kerajaan Myanmar terhadap situasi tersebut memerlukan negara-negara jiran membawa dan membangkitkannya di peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu, tegas Armand, Pergerakan Pemuda UMNO mengambil ketetapan mendesak ASEAN di mana tidak boleh lagi hanya berpeluk tubuh melihat pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya.
"Bagi kami, sudah sampai masa Kerajaan Malaysia perlu lantang menyuarakan isu kezaliman tentera Myanmar ini terhadap etnik Rohingya.
"Kami rasa Kerajaan Malaysia harus ke hadapan dan mengetuai gerakan di peringkat negara ASEAN, OIC dan PBB.
"Kami yakin Malaysia sebuah negara yang kecil tetapi mempunyai hati dan berjiwa besar terutama dalam isu keamanan sejagat," jelasnya.
Armand turut memohon rakyat Malaysia untuk segera bangkit menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya.
Sebelum ini, Mufti Perlis Prof Madya Mohd Asri Zainul Abidin menggesa umat Islam di negara ini membantu saudara seagama etnik Rohingya yang kini tersepit dan menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.
Katanya, inilah masa untuk umat Islam menunjukkan kepada dunia betapa agama Islam mencintai keamanan.
Astro Awani
Wed Sep 06 2017
Penganjur hadiah Nobel Keamanan digesa menarik balik anugerah berkenaan daripada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi (gambar). - Gambar fail
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.